Tokwan harini berkesempatan menyantuni anak-anak pelajar Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Janda Baik, Bentong serta menyampaikan Set Bantuan Kembali Ke Sekolah menerusi program Tunas Makmur. #fyp
Raya lagi meriah kalau dapat kad raya kan macam lagu @Hael Husaini ni. Meriah lain macam 😎 Siapa nak kad raya boleh komen kat bawah nanti team Tokwan akan poskan pada aokme. Tapi untuk 50 orang terawal je tau.
Pagi ini saya meluang masa untuk melihat sendiri Jualan Makmur 2025 Kluster Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 yang diadakan di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis. Alhamdulillah, rata-rata pengunjung yang ditemui merasa gembira dengan penganjuran Jualan Makmur yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Sebanyak 26 lokasi jualan diadakan seluruh Pahang bermula hari ini sehingga 27 Mac 2025.
Saya mengiringi Keberangkatan Pulang Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd Sanusi di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kerana telah melakukan lawatan kerja ke negeri ini sejak Isnin lalu. Semoga perjalanan pulang Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan dilindungi Allah SWT.
Terima kasih Bera. Walaupun berada di bulan Ramadan, Moh Karnival Makmur 2025 Peringkat Daerah Bera telah berjaya dirasmikan pada hari ini. Buat pertama kalinya tahun ini Moh Karnival Makmur diadakan bersekali dengan Karnival Tanah Pahang. Tahniah dan syabas buat Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Pejabat Tanah Dan Galian Pahang, agensi-agensi kerajaan, pemimpin setempat, serta seluruh masyarakat Bera yang sentiasa menyokong usaha pembangunan negeri Pahang. Moh Karnival Makmur merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Pahang dalam menyampaikan maklumat, mendengar suara rakyat serta memperkukuh hubungan antara kerajaan dan masyarakat. Semoga Moh Karnival Makmur 2025 ini dapat menjadi salah ruang kepada rakyat untuk mendapat maklumat terus daripada Kerajaan Negeri Pahang. Insya-Allah. Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan. #MajuTerusPahang #Pahang1st #ThisIsPahang #KitaBersama #IMPahang #mohkarnivalmakmur2025 #mohkebera
Mengiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang berkenan berangkat sempena Majlis Perasmian Masjid Baharu Kampung Seberang Jelai, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Lipis dan Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat.
Kerajaan Negeri ketika pembentangan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025 telah mengumumkan bantuan khas tajaan yuran pendidikan RM250 sebulan dan yuran tahunan sebanyak Rm500 untuk golongan B40 dengan kuota terhad di Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP) di seluruh negeri. Semoga dengan bantuan khas ini ia dapat meringankan beban mereka yang terlibat. Insya-Allah. Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan. #MajuTerusPahang #Pahang1st #ThisIsPahang #KitaBersama #IMPahang
Mengiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan untuk berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Daulat Tuanku.
Selamat datang "cousin" kita dari Sarawak. Saya mewakili Kerajaan Negeri Pahang menyambut ketibaan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd Sanusi yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dalam rangka lawatan kerja ke Negeri Pahang Darul Makmur. Semoga lawatan kerja Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke bumi Pahang dilimpahi dengan rahmat Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan dan mencapai matlamat untuk kesejahteraan bersama.
Majlis Mengadap Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd Sanusi di Istana Abdulaziz, Kuantan. Daulat Tuanku.
Merafak sembah dan menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj atas jemputan ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Istana Abdulaziz, Kuantan. Semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berdua dikurniakan Allah SWT dengan rahmat serta kebahagiaan. Daulat Tuanku.
Saya bersama delegasi Kerajaan Negeri Pahang mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya. #fyp
Penyerahan Kunci Rumah PR1MA Pahang, Rumah Makmur Bandar Jengka, dan Pelancaran Rumah Rakyat Pahang Fasa 5. Sudah pastinya Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat dengan menyediakan pelbagai inisiatif termasuk perumahan mampu milik yang selesa. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima kunci rumah hari ini. Semoga penerima kunci rumah pada hari ini dapat mencipta memori indah dengan penuh kebahagiaan bersama seisi keluarga. Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan. #MajuTerusPahang #Pahang1st #ThisIsPahang #KitaBersama #IMPahang
Menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-145 yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Insya-Allah. Segala perbincangan dan keputusan yang diputuskan adalah berdasarkan kepentingan buat rakyat serta negeri. #fyp
Mengiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Pengurniaan Replika Kunci Rumah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Rumah Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) kepada 5 penerima di Cameron Highlands. Semoga dengan kurniaan ini, penerima dapat menjalani kehidupan yang selesa dan selamat setelah kediaman mereka dibaik pulih. Insya-Allah. Seterusnya mengiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meninggalkan Daerah Cameron Highlands. Daulat Tuanku.
Mengiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat sempena Majlis Sambutan Nuzul Quran, Bacaan Yasin dan Tahlil Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar serta Perasmian Masjid Baharu Kampung Sungai Puteri, Rompin sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah serta Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat. Semoga negeri Pahang terus aman, makmur dan sejahtera di bawah pentadbiran Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku. Daulat Tuanku.