Tiktok:
  • 52131
    Global Ranking
  • 359
    Country/Region Ranking
  • 1.03M
    Followers
  • 914
    Videos
  • 8.67M
    Likes
  • New Videos
    18
  • New Followers
    18.74K
  • New Views
    4.46M
  • New Likes
    408.52K
  • New Reviews
    9.78K
  • New Share
    22.18K

Anwar Ibrahim  Data Trend (30 Days)

Anwar Ibrahim Statistics Analysis (30 Days)

Anwar Ibrahim Hot Videos

Semalam saya bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah memeterai satu persefahaman penting demi kemajuan Malaysia dan Sarawak. Persefahaman ini melibatkan kerjasama strategik antara dua syarikat utama dalam industri minyak dan gas negara; Petronas dan Petros. Petronas akan terus memainkan peranannya sebagai syarikat minyak dan gas negara, manakala Petros pula diiktiraf selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada Sarawak. Kerjasama ini akan dilaksanakan berdasarkan kerangka undang-undang Persekutuan dan Negeri. Persefahaman ini membuka ruang kepada Petronas dan Petros untuk berganding bahu dalam memperkasa industri minyak dan gas negara agar lebih berdaya saing dan mampan. Kerjasama ini turut merangkumi projek-projek tenaga hijau, termasuk pembangunan hidrogen dan penjanaan elektrik hatta sejajar dengan aspirasi Sarawak ke arah masa depan yang lestari dan berinovasi. Saya percaya, segala perbincangan lanjut berkaitan pelaksanaan kerjasama ini hendaklah dibuat berdasarkan penilaian dari segi daya maju komersial dan teknikal. Moga usaha yang dimeterai hari ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara dan negeri Sarawak, demi kesejahteraan seluruh rakyat. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
2.05M
2.7K
0.13%
57
283
130
LIMA’25 merupakan platform strategik yang amat penting dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam bidang teknologi maritim dan aeroangkasa di rantau ini. Penganjuran edisi kali ini diharap dapat terus membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara Kerajaan dan pihak industri, sekali gus memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan teknologi negara. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Kementerian Pertahanan serta semua agensi yang terlibat atas kejayaan menganjurkan LIMA’25 dengan cemerlang. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #LIMA2025
1.03M
1.25K
0.12%
8
132
45
Hari ketiga di Rusia adalah hari yang sarat makna, menggabungkan wacana intelektual, pertemuan diplomatik serta penghargaan terhadap warisan budaya dan keagamaan yang mencorakkan peradaban Rusia. Saya menyampaikan syarahan umum bertajuk Bridging Worlds in a Fractured Age di MGIMO, menekankan keperluan membina semula tata dunia berasaskan keadilan dan kesaksamaan, sebelum terbang ke Kazan untuk ketemu sahabat saya, Rustam Minnikhanov, Rais Tatarstan. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
924.5K
1.18K
0.13%
22
131
92
Kunjungan tamu kenegaraan Presiden Republik Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu dan delegasi ke Malaysia mencerminkan semangat persahabatan dan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua negara. Moga lawatan ini membuka lebih banyak peluang strategik antara kedua-dua negara lantas memperkukuh ikatan persahabatan dan membuka lembaran baharu dalam kerjasama Malaysia-Kosovo. // The state visit of President Dr. Vjosa Osmani Sadriu of Kosovo underscores a commitment to strengthening bilateral relations and expanding cooperation between Kosovo and Malaysia. May this visit create new strategic opportunities and enhance the bonds of friendship between the two countries. 🇲🇾🤝🇽🇰 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
457.64K
41.76K
9.12%
170
1.08K
1.79K
Sempat luangkan waktu melayan anak-anak dari Sekolah Kebangsaan Presint 5(1) usai lawatan rasmi delegasi Kyrgyzstan. Sempat juga mereka mengadu kerosakan kelengkapan di sekolah. Kembali jadi ‘Cikgu Anwar’ seketika waktu mengajar anak-anak ini mengenai hubungan Malaysia dengan Kyrgyzstan. Saya juga pesan supaya mereka menjaga amanah, sentiasa baca buku, dengar kata ibu bapa dan jangan tinggal solat. Moga kalian semua menjadi anak yang soleh dan solehah, serta berbakti pada negara pabila dewasa kelak, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
214.26K
13.64K
6.37%
132
670
852
Menyampaikan surat cara pelantikan kepada tiga ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) bagi tempoh pelantikan bermula 25 April 2025 hingga 25 April 2028 yang turut disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. Secara keseluruhan JKMR terdiri daripada tujuh ahli, tiga daripadanya masih dalam tempoh lantikan manakala seorang lagi dilantik semula sebagai Pengerusi JKMR iaitu: Tiga individu yang baharu dilantik ialah: 1. Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz – Ahli Dewan Negara 2. Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan – Ahli Dewan Negara 3. Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah – Ahli Parlimen Langkawi Manakala ahli sedia ada (dari 15 September 2023 hingga 14 September 2026): 1. Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah - Ahli Dewan Rakyat Parlimen Paya Besar (Pengerusi sehingga 25 April 2028) 2. Mohd Shafizan Kepli - Ahli Dewan Rakyat Parlimen Batang Lupar 3. Young Syefura Othman - Ahli Dewan Rakyat Parlimen Bentong 4. Lo Su Fui - Ahli Dewan Rakyat Parlimen Tawau JKMR berperanan penting dalam menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan isu rasuah serta meneliti Laporan Tahunan SPRM. Selain itu, JKMR juga dikehendaki memeriksa ulasan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tentang perjalanan oleh suruhanjaya ini akan fungsi di bawah Akta SPRM 2009 dan mendapatkan penjelasan mengenai Laporan Tahunan SPRM serta ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR). Pelantikan ahli JKMR ini diharap dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran negara. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
209.52K
11.56K
5.52%
179
898
550
‘Temu Anwar’ merupakan satu platform penting yang membolehkan saya bertemu secara langsung dengan rakyat, khususnya golongan belia dan mahasiswa. Ia memberi ruang kepada mereka untuk bertanya soalan, menyuarakan pandangan serta mengemukakan cadangan secara terbuka. Dalam sesi ‘Temu Anwar’ di Management and Science University (MSU), saya menekankan kepentingan Kecerdasan Buatan (AI) dan peralihan tenaga, dua bidang yang kini menjadi fokus utama perbincangan di peringkat global. Namun begitu, dalam usaha kita meneroka bidang teknologi canggih seperti AI dan digital, saya mengingatkan agar kita tetap berpegang teguh kepada nilai budaya, akhlak dan akidah. Nilai-nilai inilah yang membentuk keharmonian masyarakat dan menjamin keseimbangan dalam pembangunan manusiawi. Saya juga memaklumkan bahawa Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) sedang merangka program lanjutan bagi memperkasa Program Felo Perdana, sebagai satu inisiatif untuk membuka lebih banyak peluang kepada anak muda menimba pengalaman secara langsung daripada barisan kepimpinan negara. Menyentuh isu ketidaktentuan tarif perdagangan oleh Amerika Syarikat (AS), saya menegaskan komitmen Kerajaan untuk melindungi ekonomi negara melalui tindakan yang pantas, cekap dan kreatif. Sektor awam turut digesa untuk mengutamakan sumber tempatan, demi memastikan daya tahan industri domestik terus kukuh. Bersama-sama kita melangkah ke hadapan dengan semangat patriotisme, menjunjung nilai-nilai murni dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang bukan sahaja maju dari segi teknologi, tetapi juga teguh dari segi jati diri, perpaduan dan kemanusiaan. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #TemuAnwar
107.05K
7.85K
7.34%
103
586
571
Saya telah bangkitkan keputusan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berhubung insiden pesawat MH17 secara terus di hadapan Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam pertemuan dua hala kami di Kremlin hari ini. Ini merupakan ruang penting untuk kita mendapatkan penjelasan terus daripada Kerajaan Rusia mengenai keputusan ICAO. Malaysia kekal dengan pendirian bahawa kebenaran dan keadilan harus terus diperjuangkan dengan menuntut kerjasama semua pihak dalam memastikan siasatan serta proses yang bebas dan adil. Malaysia akan terus bersuara secara berprinsip dan tegas demi memastikan keadilan buat mangsa dan keluarga mereka yang terkesan dengan insiden pilu ini. ===== I raised the recent decision by the International Civil Aviation Organization (ICAO) Council on the downing of flight MH17 directly with President Vladimir Putin during our bilateral meeting at the Kremlin today. It was a timely opportunity to seek clarification from the Russian Government following the ICAO findings, as Malaysia continues to pursue truth and justice through an independent and fair process, with the cooperation of all relevant parties. Malaysia remains resolute in ensuring accountability and a just resolution for the victims and their families who continue to bear the weight of this tragedy. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
93.52K
5.88K
6.29%
62
221
311
Sekitar hari pertama lawatan rasmi saya di Moscow semalam. Saya disambut oleh Timbalan Menteri Luar Rusia, Andrey Rudenko dan memeriksa kawalan kehormatan utama, sebelum ke ibu kota untuk bertemu pelajar Malaysia di Rusia. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
79.28K
6.35K
8.01%
40
281
167
Hari kedua di Moscow yang cukup bermakna dimulakan dengan sesi meja bulat bersama pemimpin industri utama Rusia, disusuli pertemuan dengan Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin. Kemuncak adalah pertemuan saya dengan Presiden Vladimir Putin di Kremlin yang berlangsung dalam suasana persahabatan berteraskan kepercayaan dan sikap menghormati. Tugasan hari kedua diakhiri dengan pertemuan bersama Mufti Besar Rusia, Sheikh Ravil Gaynutdin yang membuka ruang mempererat hubungan antara komuniti Islam serta meneroka kerjasama dalam pendidikan, pensijilan halal dan dialog antara budaya. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
67.89K
6.51K
9.59%
53
187
170
Dalam kehidupan ini, siapa pun kita sama ada pemimpin, doktor, jurutera, petani, malah Perdana Menteri sekali pun, semuanya pernah belajar menulis, membaca dan mengira. Segalanya bermula di dalam bilik darjah. Guru ialah insan mulia yang tidak pernah meminta untuk dipuja, tetapi setiap hari mereka menghembus kesabaran dalam mengukir masa depan anak bangsa dengan penuh kasih sayang. Maka, sempena Hari Guru ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik. Setiap guru adalah seorang satria yang sabar membentuk akhlak. Satria yang teguh mempertahankan nilai. Tugas kita belum selesai, kerana penat lelah membentuk sahsiah seorang insan tidak berakhir dengan tamatnya sesi persekolahan. Ia adalah amanah yang berterusan, dari satu generasi ke generasi seterusnya, demi meneruskan pembinaan masyarakat MADANI. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
60.7K
5.01K
8.25%
194
227
1.13K
Saya menaruh harapan tinggi agar rangkaian pertemuan di Rom, Paris dan Rio de Janeiro ini akan memperkasa persahabatan, memacu perdagangan, dan membuka limpahan peluang baharu demi kesejahteraan rakyat Malaysia serta seluruh warga ASEAN. Semoga setiap rundingan dipermudah dan hasilnya kelak benar-benar membawa manfaat yang mampu dirasai rakyat terbanyak. 🇲🇾🇮🇹🇫🇷🇧🇷 #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIbekerja
58.65K
3.66K
6.24%
26
367
92
Kunjungan yang singkat, namun sangat bermakna kepada kedua-dua negara tetangga yang akrab. Persahabatan Malaysia-Indonesia mesti terus mekar dan kuat! 🇲🇾🇮🇩 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
43.68K
3.07K
7.03%
27
243
98
Ucapan sembah tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Dirgahayu Tuanku! #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
36.52K
1.45K
3.97%
16
107
36
Tahniah ASEAN All Stars yang telah mempamerkan aksi memukau sewaktu bertemu Manchester United tempoh hari. Semangat juang, kerjasama berpasukan dan persembahan bertenaga yang ditunjukkan wajar diberi pujian dan menjadi inspirasi buat kita semua. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #ASEANAllStars #GGMU
36.31K
2.59K
7.12%
19
149
46
Lawatan Presiden Andrzej Duda ke Malaysia membawa potensi besar dalam memperkukuh hubungan dua hala yang lebih dinamik dan strategik. Ia mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk membina masa depan bersama selain memperkukuh jaringan kerjasama ke tahap yang lebih strategik, inklusif dan menyeluruh. 🇲🇾 🇵🇱 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
35.64K
1.97K
5.52%
14
74
100
Lawatan rasmi delegasi Guinea-Bissau diketuai Presiden Umaro Sissoco Embalo ke Malaysia mencerminkan tekad bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak lima dekad lalu. Pertemuan kami telah memacu usaha memperluas kerjasama strategik terutama dalam bidang minyak dan gas, tenaga boleh baharu, industri halal, pendidikan teknikal, kesihatan dan kewangan Islam, selain menzahirkan keprihatinan terhadap isu kemanusiaan di Gaza. Malaysia turut melihat Guinea-Bissau sebagai rakan penting dan pintu masuk strategik ke Afrika untuk merintis kerjasama lebih meluas dan bermakna. 🇲🇾🤝🇬🇼 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
26.95K
1.18K
4.36%
13
119
28
Rangkuman program- program saya pada Jumaat lalu. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
26.22K
2.05K
7.81%
16
142
83
Ucapan sembah tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Dirgahayu Tuanku! #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
25.58K
1.41K
5.52%
28
88
103
Sekitar rencana saya di Kuala Lumpur semalam, bermula dengan merasmikan Minggu Latihan Kebangsaan 2025 (NTW 2025) dan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025. Ini adalah dua agenda besar yang mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasa pekerja dan menghargai sumbangan sahabat wartawan yang saban hari menyampaikan kebenaran. Menjelang malam, saya ke Dataran Merdeka untuk bersama ribuan anak muda meraikan Hari Belia Negara. Wajah penuh pengharapan dan semangat mereka meyakinkan saya bahawa masa depan negara ini akan terus menyinar selagi kita memupuk semangat juang dan idealisme, menyediakan peluang serta memperkukuh iltizam bersama. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
25.32K
1.73K
6.82%
22
112
107
Please join our TikTok Inspiration Facebook group
We'll share the latest creative videos and you can discuss any questions you have with everyone!
TiktokSpy from IXSPY
Digital tools for influencers, agencies, advertisers and brands.
Independent third-party company,Not the TikTok official website.
Copyright@2021 ixspy.com. All Rights Reserved