Tiktok:
  • 66464
    Global Ranking
  • 513
    Country/Region Ranking
  • 835.17K
    Followers
  • 17.99K
    Videos
  • 20.18M
    Likes
  • New Videos
    386
  • New Followers
    11.81K
  • New Views
    12.84M
  • New Likes
    243.69K
  • New Reviews
    20.38K
  • New Share
    44.67K

SelangorTV  Data Trend (30 Days)

SelangorTV Statistics Analysis (30 Days)

SelangorTV Hot Videos

KKM batal lima produk kosmetik mengandungi racun Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia. Produk terbabit ialah Molly Care Night Cream, Karisma Brightening Day Cream, Ufora Advance Repair Solution, Pinkkiss Beauty Care Herbal Cream dan Pinkkiss Beauty Care Treatment Cream. #mediaselangor #kliksemasa
1.8M
29.45K
1.64%
2.07K
882
11.43K
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan tiba bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. Pesawat yang membawa Erdogan mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.10 petang. Ketibaan beliau yang diiringi Wanita Pertama Turkiye Emine, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri @Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Lawatan rasmi itu bertujuan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara yang lama terjalin terutama selepas penaiktarafan ke Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Julai 2022. Kedua-dua pihak dijangka meneliti kemajuan hubungan CSP antara Malaysia dan Turkiye khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, halal, tenaga, pengurusan bencana, kesihatan, sains dan teknologi serta kesalinghubungan. Sumber: BERNAMA & Berita RTM #MediaSelangor #PresidenTurkiye #PMX
1.69M
27.56K
1.63%
312
891
555
KES TEMBAK SETIA ALAM: POLIS KENAL PASTI SUSPEK Polis sudah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, suspek ialah seorang lelaki tempatan berusia sekitar 30-an, berkulit cerah, dan memiliki 11 rekod jenayah serta dadah. #mediaselangor #Selangortv #kliksemasa ⚠️ DISCLAIMER ⚠️ Kandungan ini disediakan untuk tujuan makluman dan kesedaran awam berdasarkan laporan rasmi dari sumber yang sahih. Tiada unsur provokasi, keganasan, atau dorongan kepada tindakan berbahaya dalam penyampaian maklumat ini. Kami menghormati garis panduan media sosial dan memastikan berita ini disampaikan secara neutral, bertanggungjawab, dan tanpa unsur sensasi. Untuk maklumat lanjut atau perkembangan terkini, sila rujuk pihak berkuasa atau sumber rasmi.
1.23M
19.55K
1.59%
783
713
3.3K
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kini sedang melakukan kerja-kerja memadam api kebakaran melibatkan paip gas sepanjang 500 meter di sebuah stesen minyak di Jalan Putra Harmoni, Puchong, dekat sini, berhampiran kawasan perumahan awam. Dalam masa sama, pasukan keselamatan itu juga menjalankan kerja-kerja pemindahan penduduk sekitar. Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.10 pagi, sebelum jentera pertama dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Subang Jaya tiba di lokasi pada jam 8.22 pagi. Video Orang Awam #MediaSelangor
996.92K
12.36K
1.24%
1.49K
798
3.11K
Paip air utama berukuran 54 inci pecah, menyebabkan banjir besar yang menenggelamkan jalan dan rumah di sebuah kawasan perumahan. Kejadian ini berlaku pada suhu beku, menjadikan keadaan lebih teruk dengan air yang membeku. Sumber: Planet Detroit #MediaSelangor
985.74K
29.59K
3%
138
496
2.68K
Kronologi kebakaran paip gas Putra Heights Tatkala umat Islam yang lain masih bergembira menyambut Syawal kedua, penduduk di sekitar Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya dikejutkan dengan insiden kebakaran paip gas yang dahsyat, sehingga ada sebahagian menyifatkannya seperti bencana gempa bumi. Kebakaran bermula awal pagi itu membabitkan kebocoran paip gas milik Petronas, dengan api menjulang tinggi sehingga dapat dilihat dari beberapa kilometer jauhnya. Ia bukan sahaja mencetuskan panik, malah mengakibatkan lebih seratus cedera, dan 190 rumah rosak dan 159 kenderaan terjejas. #MediaSelangor #KlikSemasa
978.98K
19.06K
1.95%
610
810
2.1K
Bomba selamatkan anjing & haiwan terjejas kebakaran Dua ekor anjing trauma, seekor hamster terkurung dalam rumah ketika kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pagi tadi. Tiga arnab milik penduduk pula ditemui selamat di luar rumah. Pasukan Bomba Shah Alam melakukan pemantauan bagi menyelamatkan haiwan yang terjejas. Kebakaran turut menyebabkan 49 rumah rosak dan lebih 100 penduduk cedera. #MediaSelangor #PutraHeights #KebakaranPaipGas
823.4K
40.35K
4.9%
244
1.04K
1.54K
JBPM Selangor mengesahkan berlaku kejadian kebakaran pada saluran paip utama milik PETRONAS Gas Berhad (PGB) berhampiran Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada 1 April 2025 jam 8:10 pagi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 pagi. 📸 Orang awam #MediaSelangor #putraheights #puchong
791.75K
11.94K
1.51%
1.26K
740
2.78K
Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) 2025 yang menawarkan bantuan RM1,000 kepada pelajar, dibuka mulai 1 hingga 30 Mac ini. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan pemberian RM1,000 secara sekali bayar itu khusus buat anak Selangor yang menepati kriteria ditetapkan. Menurutnya, permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan www.danapendidikan.selangor.gov.my. “Permohonan akan dibuka dari 1 hingga 30 Mac dan sila baca syarat dengan teliti sebelum memohon. “Tiada serahan dokumen fizikal di kaunter dan permohonan selepas tarikh tutup tidak diproses,” katanya menerusi Facebook. Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata HPIPT Selangor menawarkan bantuan RM1,000 kepada pelajar dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah. #MediaSelangor
767.29K
18.99K
2.47%
286
214
8.67K
GUA MUSANG – Sebuah tragedi memilukan berlaku awal pagi tadi apabila sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan Perodua Myvi dan sebuah treler di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi, mangsa, Muhammad Syamie Farhan Adnan, 25, dan isterinya, Nurul Syafika Anis Zulkifli, 26, meninggal dunia di lokasi akibat tersepit di dalam kenderaan. Lebih menyayat hati, dua anak mereka, Nur Irdina Delisha, 10 bulan, dan Muhammad Izz Danial, 5 tahun, terselamat dan telah dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut. Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, siasatan awal mendapati keluarga ini dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang sebelum kenderaan mereka hilang kawalan di selekoh dan memasuki laluan bertentangan. "Akibatnya, kereta Myvi bertembung dengan treler yang dipandu lelaki berusia 45 tahun. Impak perlanggaran menyebabkan treler terbabas dan terbalik di tengah jalan, manakala kereta mangsa terseret ke bahu kiri jalan," katanya. Pasukan bomba bertungkus-lumus mengeluarkan pasangan suami isteri yang tersepit, namun mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu treler bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. Kes ini disiasat di bawa Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian. Pihak polis menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Gua Musang di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat di 013-3010408. #MediaSelangor
709.54K
8.27K
1.17%
306
316
1.35K
Anggota APM dan PERHILITAN dibantu DBKL bagi menurunkan perangkap buaya selepas tular penampakan buaya di Mid Valley siang tadi. Pengarah APM Wilayah Persekutuan, YS KOL. PA Effendy Ali berkata pemantauan berterusan dibuat sepanjang pinggir sungai bagi menangkap buaya tersebut. Tambahnya lagi, buaya tersebut dikatakan seperti buaya tembaga. Haiwan yang dianggarkan berukuran 3-4 meter itu telah melarikan diri ketika anggota APM di tiba di lokasi, ya menyukarkan lagi usaha penangkapan tersebut. PENAFIAN Maklumat yang dikongsi dalam video ini adalah untuk tujuan pemberitan dan penyebaran maklumat sahaja. Fakta yang dinyatakan adalah berdasarkan laporan rasmi pihak berkuasa, dan tiada niat untuk menimbulkan panik dan spekulasi. Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk sumber rasmi bagi pengesahan lanjut. Sumber video: APM #MediaSelangor
661.12K
7.47K
1.13%
138
265
756
Suasana di sekitar Mid Valley, Kuala Lumpur setakat jam 10 malam tadi. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengesahkan penampakan buaya yang dikatakan buaya tembaga dan telah menjalankan operasi memasang perangkap untuk menangkap reptilia berkenaan. Operasi ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), yang bertanggungjawab dalam pengurusan hidupan liar di Malaysia. Petang tadi suasana agak cemas berikutan tularnya video penampakan seekor buaya di sungai berhampiran pusat beli-belah tersebut. Video: Harun Tajudin/Media Selangor #MediaSelangor
660.87K
20.6K
3.12%
156
419
3.13K
Puluhan rumah rosak dan beberapa kenderaan terjejas selepas ribut kuat melanda Kampung Melayu Subang sekitar jam 4 petang tadi. Kejadian turut menyebabkan pokok tumbang, bumbung diterbangkan angin dan kerosakan harta benda lain. Penduduk menyifatkan keadaan sebagai cemas dan berlaku dalam tempoh yang sangat singkat. Menurut saksi kejadian, Marniza Othman, penduduk segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan selepas melihat kerosakan berlaku serentak di beberapa lorong. “Angin sangat kuat, kami hanya mampu berdoa dan selamatkan apa yang sempat,” kata Marniza yang kediamannya turut mengalami kerosakan. #MediaSelangor
642.64K
12.35K
1.92%
1.05K
484
6.96K
Harga emas melonjak! Logam berharga itu terus mengatasi jangkaan, berulang kali mencatatkan paras tertinggi baharu berikutan pelabur mencari perlindungan daripada ketidaktentuan ekonomi global. Pada 30 Okt 2024, harga emas melonjak kepada paras tertinggi sebanyak US$2,787.61 setiap auns troy sebelum ditutup pada US$2,693.23 setiap auns troy pada Januari 2025 (US$1=RM4.42). Kini, harga emas telah melepasi US$3,000 setiap auns troy mencecah US$3,036.74 setiap auns troy setakat 20 Mac 2025, menurut goldprice.org data. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid merujuk kepada satu faktor utama -- situasi tidak menentu. "Apabila kebimbangan melanda ekonomi global, emas mendapat permintaan tinggi. Nilainya bukan sahaja meningkat tetapi juga menjadi lindung nilai terhadap inflasi, penyusutan mata wang dan ketidakstabilan geopolitik," katanya kepada Bernama, sambil menambah angka telah membuktikannya. Beliau berkata, bank-bank pusat di seluruh dunia giat menyimpan emas, meningkatkan bahagian mereka daripada jumlah permintaan daripada hanya 1.8 peratus pada 2010 kepada 21.0 peratus pada 2024. Sumber: BERNAMA #MediaSelangor #HargaEmas
499.21K
9.16K
1.84%
951
448
11.02K
Tarikh lihat anak bulan ramadan 28 Februari Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini adalah pada petang Jumaat, 28 Februari 2025. #mediaselangor #kliksemasa #selangortv
475.86K
12.76K
2.68%
1.35K
96
2.17K
Hampir 15 tahun menghuni, penduduk harap dapat kembali Siapa yang tidak terkesan apabila rumah yang mempunyai pelbagai memori terjejas dalam sekelip mata? Penduduk Putra Heights, Yoke Ling berkongsi rasa apabila rumah yang diduduki sejak hampir 15 tahun lalu rosak akibat kebakaran saluran paip gas, Selasa lalu. #MediaSelangor #KlikSemasa
420.59K
6.82K
1.62%
62
783
216
Penjawat awam negeri ini akan menerima tambahan Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji sempena Aidilfitri yang disalur berperingkat mulai 25 Mac dan sebelum 15 April. Dato’ Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata tambahan menerusi insentif rekod hasil negeri itu menjadikan lebih 18,000 penjawat awam secara keseluruhannya menerima sebulan setengah bantuan kewangan. #mediaselangor
402.64K
4.91K
1.22%
335
189
2.3K
Gempa bumi lemah di Kota Marudu, Sabah Gempa bumi lemah bermagnitud 3.8 pada skala richter dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada jam 10.39 pagi, pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 27 kilometer selatan, Kota Marudu. #mediaselangor #kliksemasa
401.26K
9.22K
2.3%
1.38K
274
4.13K
'Bukan sekadar harta, kami hilang kehidupan kami' Tragedi di Putra Heights 1 April lalu mengakibatkan pelbagai kerosakan dan kecederaan. Salah seorang mangsa, Shankar Robindran yang sudah menetap 15 tahun di perumahan yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian menyuarakan harapan agar dapat kembali seperti biasa. #MediaSelangor #KlikSemasa
368.53K
9.96K
2.7%
289
505
1.01K
KUALA LUMPUR – Polis masih giat memburu baki tiga dari lapan individu yang disyaki terlibat dalam insiden dua kenderaan sengaja merempuh sekumpulan lelaki di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, pihaknya masih dalam usaha menjejaki ketiga-tiga suspek dan setakat ini belum ada tangkapan baharu dilakukan. Siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara kumpulan suspek dan mangsa ketika mereka berhibur. Keadaan bertukar ganas apabila dua kenderaan, Toyota Vios dan Toyota Hilux dilihat keluar dari bangunan tempat letak kereta sebelum dipandu secara melulu ke arah sekumpulan lelaki, mengakibatkan dua individu cedera. Salah seorang mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Polis telah berjaya menahan lima individu yang dipercayai terbabit dalam insiden tersebut, dan semakan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau. Sementara itu, tiga lagi suspek yang masih bebas telah dikenal pasti sebagai: 📌M Devindran, 25, alamat terakhir di Taman Seri Bayu Morib, Banting, Selangor 📌M Ranjith, 19, alamat terakhir di Lot 307, Jalan Raba, Banting 📌M Lavindran, 27, alamat terakhir di Jalan Raja Nala 12, Taman Intan, Kapar, Selangor Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek atau insiden ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi: 📞 Hotline Polis Kuala Lumpur : 03-2115 9999 📞 Hotline Polis Brickfields : 03-2297 9222 📞 Balai polis berhampiran Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi dan memberikan kerjasama bagi memastikan keadilan ditegakkan. Sumber: Berita Harian #MediaSelangor
345.79K
4.02K
1.16%
103
175
544
Please join our TikTok Inspiration Facebook group
We'll share the latest creative videos and you can discuss any questions you have with everyone!
TiktokSpy from IXSPY
Digital tools for influencers, agencies, advertisers and brands.
Independent third-party company,Not the TikTok official website.
Copyright@2021 ixspy.com. All Rights Reserved