Tiktok:
  • 1418236
    Global Ranking
  • 18921
    Country/Region Ranking
  • 45.75K
    Followers
  • 261
    Videos
  • 1.06M
    Likes
  • New Videos
    0
  • New Followers
    -68
  • New Views
    0
  • New Likes
    0
  • New Reviews
    0
  • New Share
    0

Yoona  Data Trend (30 Days)

Yoona Statistics Analysis (30 Days)

  • --
  • --
  • --
  • --

Yoona Hot Videos

MAAFKAN SAYA TERSALAH TULIS TARIKH 31/06/25 TARIKH SEBENAR IALAH "31/05/25"😭 ------------------------------------------- Saya tak boleh nak edit balik tarikh yg saya salah tulis tu sebab video dah post😢saya hanya mampu edit caption disini dan cuba perbetulkan tarikh yg saya salah tulis tu😌 -------------------------------------------- MOHON BERHENTI KECAM SAYA YA sebab demi Tuhan saya tak sengaja salah tulis tarikh tersebut😭😭 -------------------------------------------- Hari yg saya edit video nie, tangan saya terketar² menaip sambil menangis wlpn saya tak kenal keluarga nie😭😭 Jadi disini,saya mohon sejuta kemaafan pada semua khususnya keluarga mangsa kemalangan🙏🏻🙏🏻 Yang Baik Datang Dari-Nya, Yang Tak Baik Datang Dari Aku Insan Biasa yg tak lari dari buat salah dan silap😌🙏🏻🙏🏻 ------------------------------------------ Sepatutnya esok(31/05/25)hari bahagia saya,tapi hari ini saya hilang 3 ahli keluarga serentak"-Bakal Pengantin Mohd Syafiq Abdul Rahim Ibu kepada Mohd Syafiq tidak dapat menahan perasaan hiba ketika menghubungi ahli keluarga memaklumkan tentang kejadian menimpa anak sulungnya😢 -------------------------------------------- Gambar kecil: Mohamad Faris, Nurul Ain, dan Nur Atikah Najihah -------------------------------------------- KUALA KRAI – “Esok(31/05/25) majlis akad nikah saya, tidak sangka bertukar menjadi majlis tahlil,” luah Mohd Syafiq Abdul Rahim, 24, adik kepada salah seorang mangsa kemalangan maut di Kampung Sungai Sam, di sini pada Jumaat😭 Dalam kejadian tragis itu, kakaknya Nurul Ain Abdul Rahim, 39, anak tunggalnya Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain, 18, dan menantunya Mohamad Faris Kamaludin, 24, maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres kira-kira jam 11.20 pagi. Mohd Syafiq berkata, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari Johor sambil membawa barangan hantaran perkahwinan yang disediakan khas untuk majlis akad nikahnya pada Sabtu. “Hantaran itu digubah oleh anak saudara. Kali terakhir kami berhubung pada jam 10.30 pagi, kakak maklumkan mereka ikut jalan Gua Musang. Kereta dipandu menantu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail Petra. Tambahnya, kakaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu lazimnya akan menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur, namun kali ini memilih jalan Gua Musang atas cadangan aplikasi navigasi Waze. “Kami dah beberapa kali larang guna laluan itu. Saya pula dari semalam rasa berdebar... rupa-rupanya petanda saya akan kehilangan kakak serta anak-anak saudaranya,” katanya sebak😭 Keluarga mendapat tahu kejadian lewat petang selepas melihat laporan media sosial dan mengesahkan kenderaan mangsa ialah sebuah Perodua Myvi biru yang terlibat dalam nahas tersebut. Majlis akad nikah Mohd Syafiq yang dijadual berlangsung di Besut, Terengganu pada Sabtu, dan majlis menyambut menantu pada Ahad di Kampung Kayu Rendang, Melor, kini ditangguhkan. “Saya tunggu keputusan keluarga pengantin perempuan. Kalau ikut perancangan, majlis sepatutnya berlangsung dua hari,” katanya😢 Jenazah ketiga-tiga mangsa akan dikebumikan di Kampung Kayu Rendang selepas proses bedah siasat selesai. Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat memaklumkan, siasatan awal mendapati kereta mangsa cuba memotong kenderaan lain namun tidak sempat, lalu bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan. “Pemandu dan dua penumpang kereta maut di tempat kejadian akibat tersepit. Pemandu bas berumur 43 tahun hanya cedera ringan terkena serpihan cermin, manakala semua penumpang bas selamat,” katanya. Kejadian tragik ini sekali lagi mengingatkan pengguna jalan raya tentang risiko melalui laluan berselekoh dan sempit terutama di kawasan berbukit seperti laluan Gua Musang-Kota Bharu. Sumber : Sinar Harian&Org Awam di Muka Buku Salam takziah dan semoga roh mereka dicucuri rahmat&ditempatkan di kalangan org² yg beriman🙏🏻🙏🏻 #fyp #kemalangan #maut #basexpress #myvi #kualakraikelantan #alfatihah #salamtakziah
1.9M
51.55K
2.71%
4
1.45K
5.68K
Selepas kehilangan anak, suami pula pergi buat selamanya😭- Isteri Koperal Nurit Anak Pandak NAHAS tragis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar menyayat hati. Impak perlanggaran jentera pasukan itu dengan lori membawa muatan batu mengakibatkan 9 wira negara kita meninggal dunia termasuk Koperal Nurit Anak Pandak, 34😢 ISTERI kepada mendiang menerima ketentuan takdir kehilangan suami dan anak dalam tempoh singkat iaitu kurang dua tahun😭😭 Jowissemborisxs Bah Johan, 36, berkata, suaminya telah bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota polis. Wanita tabah dan kuat itu sempat meluahkan kehilangan yang cukup perit apabila terpaksa menerima takdir pemergian suami dan anak dalam tempoh kurang dua tahun😢 “Kami sudah empat tahun berkahwin. Tahun lepas, anak perempuan kami meninggal dunia akibat masalah jantung yg serius.Sekarang, suami pula pergi tinggalkan saya dan keluarga. “Siapa tidak sedih bila kehilangan anak, tapi dia kuat. Sekarang saya pula yang kena kuat,” katanya sayu. Menurut pengguna Facebook, Siti Norlaila Shaharom, mendiang yang merupakan orang asli Kampar di Perak sempat berkongsi status seolah-olah tahu akan pergi selama-lamanya😭 "Bagi tengok gambar dulu sebelum mati, manalah tahu," kongsinya. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Nurit Pandak. Salam takziah buat wira-wira negara😭 ------------------------------------------- "Keluar Mencari Nafkah, Pulang sebagai Jenazah😭😭" Langit kelam, bumi menangis, Khabar duka menyapa pagi, Perginya insan-insan berani, Dalam tugas, demi amanah suci. Tiada kata mampu hapus duka, Hanya doa mengiringi langkah terakhir mereka. Semoga roh para pejuang ini dicucuri rahmat, Ditempatkan dalam lindungan-Nya yang penuh kasih. Buat keluarga yang ditinggalkan, Semoga diberi kekuatan dan ketabahan. Dan buat yang masih berjuang melawan sakit, Kami titipkan doa agar sembuh dan pulih semangat. Jasamu dikenang, Namamu kekal dalam sejarah keberanian. Rest in Peace Al-Fatihah. Anggota Polis FRU Teluk Intan,Perak Dalam Kenangan💔 13-05-2025 Sumber Gambar Muka Buku : Sinar Plus&lain² Ayat diolah semula : Yoona(pemilik TT) Yoona(pemilik akaun tiktok)cuma sekadar berkongsi posting video tentang anggota FRU yg terkorban tetapi bukan isteri atau ahli keluarga mendiang Koperal Nurit Anak Pandak&isteri.Harap tiada kekeliruan lagi lepas nie🙏🏻🙏🏻 #restinpeace #anggotafru #telukintan #perak #salamtakziah #restinpeace #berita #kemalangan #malaysiaberdukalagi #anggotapolis #fru
1.12M
18.83K
1.68%
5
635
759
Mereka keluar mencari nafkah, Pulang sebagai Jenazah😭 Mereka anak. Mereka suami. Mereka ayah. Mereka keluar mencari rezeki. Rupa-rupanya mereka tidak kembali😭 Air mata si ibu gajah belum kering, kini 9 hero pula Allah jemput pergi😭 13.Mei.2025 "Pagi itu, mereka duduk rapat-rapat. Dalam trak yang sama Seragam yang sama Misi yang sama Tapi siapa sangka… itu adalah perjalanan terakhir mereka"😭 Saya menatap video mereka berkali-kali😭😭 Betapa tenangnya wajah mereka. Tiada siapa yang tahu... bahawa itu adalah momen terakhir bersama😭😭 9 anggota FRU kembali ke pangkuan Ilahi dalam tragedi di Teluk Intan,Perak Mereka pergi dalam amanah, dalam khidmat, dalam perjuangan mereka wira negara jasa mereka akan di kenang, akan di ingati selagi badan dikandung nyawa Dengar khabar juga si pemandu lori telah dihadapkan ke muka pengadilan Jangan pernah menghukum kerana itu kerja Tuhan Biar sistem keadilan negara menghakimi org yg bersalah Hari ini juga seluruh negara bersedih😭 Air mata keluarga, rakan setugas, dan seluruh rakyat Malaysia yang menghargai pengorbanan ini, menjadi saksi bahawa mereka tidak pergi sia-sia. Kes ini dekat di hati aku sebab 16.Mei.2025 hari Jumaat hari kelahiran aku😢 Dalam hati ada suka bercampur duka Ya Allah, Ya Tuhanku Kau cucurilah rahmat ke atas roh mereka Tempatkanlah mereka dalam kalangan orang yang Engkau redhai. Kurniakan ketabahan buat ahli keluarga kehilangan org yg dikasihi Kau naikkan darjat mereka ditempat yg tertinggi Angkatlah segala kesakitan yg mereka rasai dan Kau berkatilah kehidupan mereka di jalan yg Kau redhai amen🙏🏻🙏🏻 Al-Fatihah untuk semua mangsa yang beragama Islam. Rest in peace kepada mangsa bukan beragama Islam Takziah kepada seisi family yang diduga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Malaysia dan luar negara turut berduka😭 Bagi yg komen letak moticon cartoon ketawa,happy dan sbgnya saya remove komen anda sebab anda seorang yg tak berhati perut tidak sensitif dgn apa yg berlaku mungkin kalau perkara nie berlaku kat tempat anda, berlaku di kalangan ahli keluarga anda pasti baru ada kesedaran dihati Jangan risau Tuhan tak pernah tidur Ada hari anda nanti What you give you will get it back Buat baik dibalas baik Buat jahat jangan sesekali Sebab ada balasan dgn setiap apa yg berlaku cepat atau lambat sahaja..amen🙏🏻🙏🏻 Sumber : Muka Buku Ayat edit : Yoona(pemilik akaun tiktok) #restinpeace #alfatihah #anggotafru #telukintan #perak #salamtakziah #berita #kemalangan #malaysiaberdukalagi #anggotapolis #fru #fyp
515.11K
37.02K
7.19%
44
1.83K
3.26K
Senarai 15 Pelajar UPSI yang Maut😢 Dengan rasa sedih dan dukacita, berikut adalah senarai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah terkorban: 1. Fakhrul Arif bin Rosdi 2. Mohammad Aqil Taqiuddin bin Mohd Sofian 3. Muhammad Adib Hazim bin Halim 4. Nik Amni Nadiah binti Nik Nor Zabir 5. Nur Ainul Qistina binti Mat Ali 6. Nur Dalila Farhana binti Mohamad Isma 7. Nurly Sahirah binti Azman 8. Nurul Fatiha binti Abu Setaman 9. Nurul Izyanti binti Muhamad Azahar 10. Sufea Adela binti Maslihaizan 11. Fatin Nasrien 12. Muhammad Mustaqim bin Rosde 13. Wan Nur Suhaila 14. Anis Soffiyya binti Md Zaidi 15. Nor Ayuni binti Maslan Dua jenazah telah dibedah siasat di Hospital Gerik dan kini sedang diuruskan mandi kafan. Kedua jenazah akan dihantar ke Terengganu menggunakan van jenazah UPSI dan UUM. Manakala 13 jenazah lagi yang berada di Hospital Ipoh sedang diuruskan oleh Pertubuhan Amal Komuniti Besut dengan bantuan beberapa van NGO dan kariah dari Terengganu. Sama² kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi mendahului kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. Kredit:Mr.Wan Cai Official #salamtakziahbuatkeluargaarwah #innalillahiwainnailaihirojiun #kemalangan #maut #15penuntutupsi #meninggaldunia #meninggaldunia #grikperak #fypage #fypageシ #salamtakziah #berandatiktok #fyp
511.73K
17.37K
3.39%
27
653
1.5K
Pempengaruh Taiwan maut akibat makan produk kosmetik😢 Influencer Taiwan, Guava Beauty yang terkenal dengan video makan produk kosmetik dilaporkan meninggal dunia mengejut, mencetuskan spekulasi keracunan dan serangan jantung TAIPEI – Seorang influencer atau pempengaruh muda dari Taiwan yang dikenali dengan video luar biasa memakan produk kosmetik dilaporkan meninggal dunia secara mengejut mencetuskan kebimbangan peminat tentang kemungkinan keracunan atau serangan jantung. Mangsa yang dikenali secara dalam talian sebagai Guava Beauty berusia 24 tahun dan memiliki lebih 12,000 pengikut di sebuah platform media sosial. Dia popular dengan imej manis dan remaja, serta kandungan kreatif seperti video 'make-up mukbang', iaitu trend di mana individu makan sambil berinteraksi dengan penonton. Antara kandungannya termasuk aksi makan gincu, pemerah pipi, masker muka dan pad kapas, sesuatu yang dianggap melampau dan membimbangkan ramai. Dalam satu video terbarunya, dia mempromosikan sejenis pemerah pipi bertekstur jeli sambil menulis kapsyen: “Kalau kamu berani cadangkan, saya berani makan.” Menerusi video itu, dia menyapu pemerah pipi pada wajah sebelum menyuapnya ke mulut menggunakan garpu dan mengunyahnya. Jom cuba. Rasa rangup macam agar-agar. Maaf kawan, tapi rasanya teruk,” katanya. Walaupun ramai peminat terkejut, ada yang menyuarakan kebimbangan bahawa kandungannya boleh mengelirukan penonton, terutamanya golongan muda mengenai keselamatan memakan produk kosmetik. “Berhentilah buat kandungan macam ini. Kalau suka, buatlah secara peribadi. Tapi janganlah promosikan makan kosmetik. Itu bahan kimia, bukan untuk dimakan. Ludah balik pun tak selamat. Kalau orang terikut dan jadi apa-apa, sanggupkah kamu bertanggungjawab?” kata seorang pengguna. Namun sejak itu, tiada sebarang muat naik baharu selepas video itu sehinggalah pada 24 Mei apabila bio di profilnya ditukar kepada: “Log keluar dari dunia. Bermula perjalanan baru. Semua kolaborasi perniagaan dibatalkan.” Beberapa jam kemudian, keluarganya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemergiannya. “Dengan penuh kesedihan, kami maklumkan bahawa bintang video mukbang kosmetik kami, Guava Beauty telah menamatkan kerjayanya dan sudah meninggal dunia pada 24 Mei 2025. Kenyataan itu mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai punca kematiannya yang mana ada yang mengaitkannya dengan keracunan bahan kimia dalam kosmetik dan ada juga yang menyangka dia terkena serangan jantung. - Agensi Kredit : Sinar Harian #fypage #berandatiktok #pempengaruhmediasosial #guavabeauty #mukbangcosmetics #taiwan🇹🇼 #china #meninggaldunia #seranganjantung #keracunan #tiktokers
511.53K
8.12K
1.59%
0
194
1.11K
MAAF ADA KESILAPAN PADA AYAT DI DALAM VIDEO namun ayat tersebut tidak dapat di edit sebab video ini telah di post😢 Saya hanya mampu EDIT CAPTION sahaja untuk buat pencerahan agar tidak menimbulkan kekeliruan pada semua org memandangkan posting ini tengah viral🙏🏻🙏🏻 Adik perempuan Mohd Faris Sahkan yang abang dia yg memandu ketika itu,dan penyebab kemalangan adalah disebabkan abangnya terbabas dan bukannya memotong kenderaan lain seperti yg didakwa oleh wartawan&pihak polis sebab ada bukti pada dashcam kereta abangnya😢 -------------------------------------------- Adik kepada Mohd Faris mengesahkan "abang terbabas,bukan memotong"😭 PETALING JAYA – Seorang wanita mendedahkan punca kemalangan yang meragut nyawa pemandu Myvi bersama isteri dan ibu mentuanya dalam nahas di Kilometer 104, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, semalam adalah kerana terbabas. Menerusi hantaran yang dikongsi @Yannnsky itu, dia turut menunjukkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kereta Perodua Myvi yang dipandu abangnya, Mohamad Faris Kamaluddin, 24. “Abang saya yang terbabit dalam kemalangan di Kuala Krai tidak memotong. Kemalangan itu berlaku apabila kereta terbabas,” katanya menerusi hantaran tersebut. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, Faris meninggal dunia di lokasi bersama isterinya, Nur Atikah Najihah Mohd. Shah Penilzain, 18, dan ibu mentuanya, Nurul Ain Abdul Rahim, 39. Ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi yang remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres dari arah bertentangan. Difahamkan, mereka dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian turut menemui beberapa barangan hantaran perkahwinan di dalam kenderaan tersebut. Ramai yg sangka microsleep termasuk aku yg sangka microsleep juga😢 Tapi,ramai juga saksi kejadian tampil dan mereka berkata kejadian berlaku sebab mengelak lubang besar tambahan area situ selalu berlaku kemalangan ma*t😢😭 Tuhan uji keluarga ini dengan Ujian Hebat untuk Keluarga Yang Hebat sebab Dia nak anggat darjat keluarga ini ke tempat yg lebih tinggi😢🙏🏻🙏🏻 Tuhan sayang sebab itu Dia Uji..Dia tak uji di luar kamampuan kita Selamat jalan ke negeri abadi Semoga tenang disana🙏🏻🙏🏻 Salam takziah dan semog roh² mereka ditempatkan dikalangan org² yg beriman..amen🙏🏻🙏🏻 Nurkilan Ayat : Yoona(pemilik TT) Kredit : Muka Buku #fyp #kemalangan #maut #basexpress #myvi #kualakraikelantan #alfatihah #salamtakziah
491.96K
4.83K
0.98%
1
191
274
Momen sebelum kejadian nahas pelajar UPSI yang berlaku semalam😭 (09/06/25)-UPSI BERDUKA😭 Kita tak pernah kenal, apatah lagi bertemu. Namun, kenapa pemergian kalian membuatkan seluruh rakyat Malaysia merasa sedih😭 Kalian meninggal bukan satu syahid, Malah 2 Syahid🥹 Hebat amalan kalian. Semoga selamat sampai ke bumi Terengganu Dan Selamat Jalan Ke Negeri Abadi 15 Mahasiswa/wi UPSI,Tanjung Malim Perak😢🙏🏻🙏🏻 Salam Takziah kepasa ahli keluarga dan Al Fatihah kepada semua mangsa.. Ikhlas dari Yoona😢😭 Kredit Video: amizubairi #baspelajarupsi #excident #alfatihah #upsi #salamtakziahbuatkeluargaarwah #innalillahiwainnailaihirojiun #kemalangan #maut #15penuntutupsi #meninggaldunia #grikperak #fypage #fypageシ #salamtakziah #berandatiktok #fyp
336.75K
12.74K
3.78%
7
172
464
Dari kisah Tangmo Nida dan Valeria Márquez, kes kemat!an mereka hampir sama berkait rapat dari orang terdekat iaitu sahabat mereka sendiri😢 kita belajar bahawa pengkhianatan paling sakit datang dari orang yang paling rapat dengan kita😭 "Kawan" yang kita percaya, kawan yang kita anggap keluarga, akhirnya jadi musuh dalam senyap!😭 Mereka tersenyum di depan, tapi men!kam kita di belakang😌 Jangan terlalu baik!! dan terlalu mudah mempercayai orang. Walaupun seseorang itu kelihatan sangat baik dengan kita tapi kita tidak akan pernah tahu niat orang Kedua-dua mangsa nie sangat cantik, masih muda dan berjaya tapi.. akhirnya menjadi mangsa pembunu*an kerana dari sikap manusia yang cemburu, berdendam dan sejenis yang tidak suka tengok kebahagiaan orang lain😢 Bila hati manusia sudah dipenuhi dengan rasa benci dan hitam, mereka sanggup lakukan apa saja tanpa ada rasa bersalah dan tanpa belas kasihan😢 Sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan setiap perkongsian dalam hidup, terutama di media sosial kerana tidak semua benda perlu dikongsi🤍 Rest in peace, beautiful. May the truth come to light and justice be served🙏 #justicefortangmo #jeolousfriendisreal #justiceforvaleriamarquez #trustnoone #fyp #valeriamarquez #staysafe #reallife #truestory #carefulwithyourcircle #restinpeace #kisahbenar #kawanmakankawan #musuhdalamselimut
302.35K
8.39K
2.77%
49
196
1.96K
"Perkahwinan diteruskan sambil menunggu jenazah"-Ibu Pengantin lelaki Speechless aku tak terkata² ujian menimpa keluarga ini sangat hebat😢 Semoga Tuhan mengangkat darjat keluarga ini dikedudukan paling tinggi sebab ujian yg Maha Hebat utk Keluarga yg Sangat Hebat🙏🏻🙏🏻 Tenanglah disana&semoga roh² mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org² yg beriman..amen🙏🏻🙏🏻 Nurkilan Ayat : Yoona(pemilik TT) Sumber Gambar :Tele Info Semasa Official&Harian Metro #fyp #kemalangan #maut #basexpress #myvi #kualakraikelantan #alfatihah #salamtakziah
249.03K
3.97K
1.59%
6
84
309
Kes Wanita M*ut Di Kel*r Suami" 'Mak cik ada rasa anak akan mat!' Gerak hati ibu bagaikan tahu anak akan pergi selamanya😭 Difahamkan, Allahyarham juga sudah lama dihalang berjumpa dengan keluarga😢 Arwah sempat hadiahkan ibu beras, sebelum m*ut di kel*r suaminya dan suspek sudah lama halang arwah jumpa keluarga😭 -------------------------------------------- BESAR ujian buat keluarga yang kehilangan anak perempuan, Ecah Junus, 34, dipercayai mati dikelar suami sendiri. Masakan tidak, menerusi rakaman media sosial, ibu mangsa Fatimah Seman, 63, yang menanggung kesedihan,dirakam tidak sedarkan diri. Benar gerak hati si ibu, Fatimah mendedahkan sudah dapat merasakan Ecah akan pergi buat selama-lamanya. "Dalam masa sebulan, mak cik (ada) rasa anak aku akan mati"katanya😭 Tidak hanya itu, Fatimah mendedahkan Ecah sudah lama dihalang bertemu dengan keluarga oleh suspek. “Anak saya memang nak jumpa. Hari sebelum meninggal dunia, mak cik sempat jumpa dia untuk ambil beras yang arwah beli di Thailand.😢 "Mereka baru balik berjalan,” katanya ketika ditemui wartawan Sinar Harian di kediaman yang terletak di Kampung Pengkalan Kota Durian Chondong pada Rabu. Ujarnya lagi, pada petang kejadian, arwah itu dikatakan ada bergaduh mulut dengan suspek selepas pulang bekerja sebagai kerani timbang sawit. Kata Fatimah lagi, pada sebelah malam kejadian, dia ada memaklumkan kepada suami merasakan menantunya akan datang ke rumah dan ‘menghantar’ sesuatu.😢 Katanya lagi, mujur mereka sekeluarga tersedar ketika suspek datang ke rumah untuk membakar rumah namun tindakan itu berjaya dihentikan sebelum api mula merebak. “Dia datang bak*r kereta, bak*r motor. Kalau lambat bangun, satu keluarga, anak cucu mak cik dah mati" “Mak cik cakap, selamatkan kereta, kalau kereta terbak*r, melet*p... habis rumah kita,” ujarnya. Sementara itu, rakan Allahyarham dikenali sebagai Qilah mendedahkan, wanita malang itu pernah kehilangan anak sulung pada Februari 2024 kerana lahir tidak cukup bulan.😢 "Walaupun masih terkejut dengan kejadian menimpanya namun kami reda, arwah dah bersama anaknya yang menunggunya di syurga."😢 "Arwah memang baik, suka membantu dari segi kewangan, tak kira siapa pun yang susah, dia akan tolong. Orang kampung pun tahu sikap baik arwah" "Kali terakhir saya berhubung dengan arwah melalui aplikasi wasap minggu lalu, sebab saya nampak statusnya mengenai jawatan kosong pemandu lori di tempat kerjanya. Rupanya, itu kali terakhir kami berhubung," katanya😭 Menurut Qilah, Ecah dikenali sebagai seorang yang pemurah dan suka membantu orang susah😢 Media terdahulu melaporkan mangsa menjadi perbuatan khianat dikelar suaminya yang merupakan seorang penganggur. Suspek yang berusia 33 tahun itu telah direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Tangkak sehingga 10 Jun depan. Kredit Video Re-editing & Ayat dibaiki : Yoona Kredit Gambar : Sinarplus,Sinar Harian Kredit Video Asal : Malaysia Gazette #fyp #berandatiktok #bukitgambir #tangkak #dikelar #suami #meninggaldunia #malaysiagazette #lifestylesinarharian #sinarplus
242.75K
5.31K
2.19%
4
445
961
Aku edit sambil tangan terketar2 Sambil tahan air mata😢 Aku tak kenal arwah Tapi bila aku baca posting adik-beradik arwah.. rupanya arwah satu negeri.. satu Borneo dgn aku😭😭 Di Sarawak..minggu nie lagi beberapa hari lagi nak sambut perayaan Hari Gawai.. arwah pula yg juga mangsa kejadian malang ini bakal menyambut Hari Raya Haji dan dalam "plan nak pindah ke Sarawak tapi pindah selama-lamanya"😭 ayat adik-beradik arwah itu buat aku menangis juga buat aku sedar😭 P/S:Ambillah banyak2 gambar, rakamlah banyak2 video. Postlah segala gambar dan video yang kita tangkap. Save lah di mana2 tempat yang kita tau bila2 masa kita boleh access. Simpanlah setiap kenangan yg kita ada. Jangan pedulikan apa yang orang kata. Kita tak tau bila masanya setiap gambar dari video itu akan menjadi satu satunya yang berharga bila mereka sudah pergi. Alfatihah buat keluarga @AmoieyCantek dan @subaihahrabanie Semoga keluarga kitak kuat dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org² yg beriman.amen🙏🏻 Nurkilan : Yoona #fp #kemalangan #lori #sungaibuloh #alfatihah #salamtakziah
240.64K
1.71K
0.71%
1
99
151
Jenazah Iecah Junus,34,dituntut ahli keluarga di Hospital Melaka😢 ----------------------------------------- Sila baca caption ye Membaca amalan mulia ------------------------------------------ MELAKA-Jenazah Iecah Junus, 34, wanita yang mati disyaki dikelar suaminya petang Isnin lalu sudah dituntut ahli keluarganya di Unit Perubatan Forensik Hospital Melaka petang ini(04/06/2025)😭 Abang sulung mangsa yang berada di jabatan itu sejak tengah hari tadi dilihat beredar bersama van jenazah pada jam 5.20 petang. Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua😭 -------------------------------------------- Sementara itu di Tangkak,Johor, Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak,Johor Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, suspek mempunyai rekod lampau di Putrajaya di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan pada tahun 2017 dan telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,800. Tambah beliau, proses bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Melaka dan dijangka selesai lewat petang ini. “Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api,” ujarnya. Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan seorang wanita, Iecah Junus, 34, maut selepas dipercayai dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, di sini pada Isnin. Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 30-an itu turut dipercayai cuba membakar rumah ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, Muar yang terletak kira-kira 40 kilometer dari kediamannya. Tindakan suspek itu bagaimanapun tidak berjaya dan hanya sempat membakar beberapa kenderaan yang berada di bahagian luar rumah. Suspek kemudian berjaya diberkas polis selepas pulang ke kediamannya di Bukit Gambir pada pagi Selasa. Kredit Re-Editing Video&Ayat: Yoona Kredit :NURATIKAH ATHILYA HASSAN 04 Jun 2025 02:11pm Sinar Harian #infosemasa #bukitgambir #suamikelaristeri #isteri #meninggaldunia #alfatihah #salamtakziahbuatkeluargaarwah #berandatiktok #fypage #fyp
228.86K
3.11K
1.36%
2
171
531
KAMI HARAP ORANG RAMAI BERI RUANG UNTUK UMI DAN ABAH BEREHAT. SEJAK KEJADIAN ITU BERLAKU, MEREKA BELUM BETUL-BETUL DAPAT REHAT. INSYA-ALLAH, BILA ADA KELAPANGAN NANTI, BOLEHLAH DATANG MENZIARAH,” -Ahli keluarga Arwah Nurly Sahirah- -------------------------------------------- Bagi ahli keluarga arwah Nurly berehat sementara ye semua(2hb-5hb/07 Rabu hingga Sabtu)nanti ada kelapangan korang semua boleh datang ziarah lagi-Yoona #arwahnurlysyahirah #bidadarisyurga #pelajarupsi #kemalanganbas #keretaalza #grikperak #salamtakziahbuatkeluargaarwah #damailahdinegeriabadi #alfatihah #restinpeaceangel #semogadipermudahkansegalaurusan #fyp #fypシ゚viral #berandatiktok
150.46K
4.29K
2.85%
1
55
160
Pengantin baharu tinggalkan majlis demi jenazah kakak😭 KOTA BHARU – Adik kepada Allahyarham Nurul Ain Abdul Rahim, 39, yang maut dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kuala Krai pada Jumaat, meluahkan rasa syukur kerana sempat ‘bersama’ kakaknya sebelum dikebumikan kira-kira jam 2 petang Sabtu. Mohd Syafiq Abdul Rahim, 24, yang baru sahaja bergelar pengantin baharu, terpaksa meninggalkan majlis perkahwinan di sebelah pengantin perempuan di Kuala Besut selepas selesai akad nikah kira-kira jam 10.30 pagi. “Selepas akad nikah, saya terus pulang untuk melihat kali terakhir wajah kakak sebelum dikebumikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Al-Mukminin, Kampung Jambu Merah pada Sabtu. Mohd Syafiq difahamkan bertolak ke Kuala Besut kira-kira jam 8 pagi, ditemani beberapa rakan dan adik bongsunya, Siti Zulaika Abdul Rahim, 21. Dia kemudian dilihat tiba di masjid bersama ahli keluarga lain kira-kira jam 1.15 petang. Katanya, majlis menyambut menantu yang dijadualkan turut akan menjadi kenduri tahlil buat arwah kakaknya itu. Mohd Syafiq turut sempat menunaikan solat jenazah bersama jemaah lain selepas solat Zohor. Dalam kejadian pada Jumaat, Allahyarham Nurul Ain bersama anak tunggalnya, Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain, 18, serta menantu, Mohamad Faris Kamaludin, 24, maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres kira-kira jam 11.20 pagi. Media sebelum ini melaporkan bahawa ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari Johor bagi membawa barangan hantaran perkahwinan Mohd Syafiq. Lima dulang hantaran tersebut digubah dan disediakan khas oleh Nur Atikah Najihah untuk majlis akad nikah Mohd Syafiq. Kredit : Sinar Harian,Berita Harian, #fyp #kemalangan #maut #basexpress #myvi #kualakraikelantan #alfatihah #salamtakziah
134.08K
1.01K
0.76%
0
35
57
"Sedapnya ayah, punten yang Najihah beli' kata arwah dlm panggilan video terakhir sebelum kejadian berlaku😭 Johor Bahru: "Saya ada buat panggilan video sebelum anak dan suaminya bergerak ke Kelantan, kelmarin. Itu kali pertama saya (menerima panggilan) video mereka berdua sekali... rasa pelik sebab tak sangka itu video terakhir." Begitu kata Mohd Shah Penilzain Mohamed Said, 45, bapa kepada Nurul Atikah Najihah, 18, yang maut bersama suaminya, Muhammad Faris Kamaludin, 24, dan ibunya, Nurul Ain Abdul Rahim, 39, dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, Kelantan, kelmarin. Katanya, pemergian anak tunggalnya itu memberi kesan besar kepadanya kerana Nurul Atikah Najihah disifatkan sebagai seorang yang baik dan manja. "Saya terima berita panggilan jam 5 petang (kelmarin) semasa pulang dari tempat kerja di Putrajaya, saya tak tahu nak cakap apa... lemah, saya tak kuat😭 "Sampai sekarang pun rasa tak kuat, tapi saya reda dgn pemergian dia😭 "Sebelum dia pergi Jumaat itu, hari Khamis saya ada hubungi dia membuat panggilan video... tanya nak pergi sana (Kelantan) bila? " Anak jawab hari Jumaat jam 1 pagi, saya kata kalau boleh rehat-rehatlah dulu," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor Kampung Sungai Danga, di sini, hari ini. Katanya, arwah kemudian sempat bertanya kepadanya mengenai makanan tradisional yang sedang dinikmatinya. "Ayah... ayah adakan beli makan untuk Najihah 'punten' yang nasi kepal, ayah ingat tak dulu ayah ada beli? Saya jawab.."Ya..ingat" "Sekarang Najihah beli (punten), dah makan ni... sedap ayah, lama Najihah tak beli harga murah. Dulu ayah beli RM3, Najihah beli RM2.50" "Secara kebetulan Muhammad Faris pun ada selalu buat panggilan video, tapi tak pernah berdua. Ketika itu Faris tengah makan nasi, dua-dua sekali (serentak) video call. Kali terakhir," katanya. Menurut Mohd Shah Penilzain, dia sentiasa berhubung menerusi WhatsApp untuk mengetahui lokasi mereka. Katanya, Nurul Atikah Najihah ada memaklumkan pada mulanya suaminya melalui Jalan Muadzam, Pahang tetapi disebabkan struktur jalan yang teruk, mereka mengubah haluan menggunakan lebuh raya. "Saya tanya ada rehat tak, Najihah jawab ada... ketika itu mereka di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Seremban. Saya pesan hati-hati, kalau mengantuk... rehat tidur dulu" "Tidak lama kemudian saya tanya lagi anak. Sudah sampai mana, dia cakap sudah sampai Raub, Pahang nak masuk Kuala Lipis. Itu kali akhir anak WhatsApp selepas itu saya hubungi terus tak dapat sehingga dimaklumkan anak sudah tiada," katanya. Sementara itu, bapa Muhammad Faris, Kamaludin Abdullah, 52, berkata anak ketiga daripada tujuh beradik terbabit kali pertama memandu jauh ke Kelantan. "Saya dimaklumkan arwah habis kerja jam 11.30 malam (Khamis lalu) dan sejam kemudian dia maklum pada ibunya, Rozalina Abu Bakar, 49, mahu bergerak ke Kelantan. "Arwah anak maklum dapat rehat sekejap di RNR Seremban. Dia ada beritahu ibunya sebab dia rapat. Anak saya sangat baik, ramai kawan, dia rapat dengan semua orang, peramah dan suka bergurau." "Ini adalah kehilangan besar pada keluarga saya, sedih tidak tahu hendak gambarkan bagaimana? Semasa perjalanan menuntut jenazah pun, saya sedih, ibunya sampai pengsan, tetapi kami sekeluarga reda," katanya😭 Kredit:Harian Metro BH Online,Sinar Harian,Nur Sha Video asli : Nuratikah Athilya Hassan Video Re-editing slowmo: Yoona(Owner TT) #fyp #kemalangan #maut #lori #merempuhkedaimakan #basexpress #myvi #kualakraikelantan
128.12K
2.45K
1.91%
1
139
122
Pembetulan&Permohonan Maaf Admin Bagi Gambar W.Hitam "Salam Takziah Kepada Seluruh Keluarga Penuntut UITM Campus Dungun" dan admin tak dapat nak edit ataupun tukar Gambar W.Hitam tersebut kepada Gambar Salam Takziah(kpd 3 Penuntut IKBN,Jitra)😥 Jadi admin cuma mampu sampaikan permohonan maaf di caption ini&admin akan pastikan lain kali penulisan utk next video tidak silap lagi..Yg Baik databg dari-Nya..Yg tak baik datang dari admin manusia biasa yg tak lari dari buat salah&silap -------------------------------------------- Tragedi Pulang Beraya😢 Tapi hanya jenazah yg tiba😭-Yoona -------------------------------------------- 05/06/25 ALOR SETAR – "Aku pergi dulu.”😢 Itulah kata-kata terakhir yang diungkapkan Muhamad Arif Aifan Derani kepada rakannya sebelum dia dan dua lagi penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra maut dalam kemalangan di KM 49.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, petang Khamis.😭 Rakan sekelas mereka, Nik Muhammad Danis Darwish Abdul Qayyum, masih terkejut dengan kehilangan tiga sahabat baiknya yang sebelum itu begitu gembira kerana mahu pulang bercuti sempena Aidiladha. Polis menahan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabit kemalangan mengorbankan tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara Selatan Alor Setar menghala ke selatan, hari ini bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada 2.10 petang, dengan siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan MPV jenis Naza Citra dan dua motosikal Yamaha 135LC dan Yamaha Y16zr. Katanya, kemalangan dipercayai berlaku ketika kenderaan Naza Citra sedang berhenti di laluan kecemasan. "Penunggang motosikal Yamaha 135LC hilang kawalan dan kemudian melanggar belakang kenderaan terbabit, sebelum sebuah lagi motosikal gagal mengelak dan melanggarnya. "Akibat pelanggaran itu dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal disahkan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi pembonceng cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah," katanya dalam kenyataan hari ini. Siti Nor Salawati berkata, pemandu dan ketiga-tiga penumpang MPV tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh tampil di Balai Polis Trafik Kota Setar. Kredit:Berita Harian Online,Buletin TV3,Harian Metro,Info Penduduk Sg.Petani Kedah,etc #fyp #fypageシ #3penuntutikbn #jitrakedah #maut #kemalanganjalanraya #tragedi #pulangberaya
125.42K
2.53K
2.02%
0
65
125
14.Mei.2025 "Selamat Jalan Ke Negeri Abadi Buat ke semua Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU)"😭🙏🏻🙏🏻 Di Perak cuaca redup mengiringi upacara persemadian anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dari Unit 5 Sungai Senam, Koperal Nurit Pandak, 34, yang terkorban dalam insiden kemalangan melibatkan sebuah trak FRU dengan lori muatan batu di Jalan Chikus–Sungai Lampan, di Teluk Intan semalam. Mendiang dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Batu Berangkai, kira-kira 12.50 tengah hari tadi. Upacara persemadian mengikut istiadat rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut dihadiri kira-kira 150 orang termasuk isteri mendiang, Jowissemborisxs Bah Johan, 36, bapa mendiang, Pandak Rompan, 71, dan ibu mendiang, Ngah Libah Tunkut, 68, serta sanak saudara terdekat. Turut hadir memberikan penghormatan terakhir pada upacara berkenaan ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Kampar DSP Mohd Aster Mohamad. Sementara itu di Krematorium Buntong,Bapa, M Sugunanathan, 68, tidak dapat menahan sebak pada majlis penghormatan terakhir anaknya yang merupakan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), mendiang Sarjan S. Perumal yang terkorban dalam nahas trak FRU di Krematorium Buntong, pada Rabu. Penghormatan terakhir juga untuk anggota FRU yg lain melalui video di Part Last😭😭 Anda wira negara Anda wira yg didendang Jasa san pergorbanan kalian,kami kenang selagi badan dikandung nyawa Pemergian mereka merupakan kehilangan besar buat pasukan keselamatan dan negara. Rest in peace buat yg bukan beragama Islam Salam takziah buat yg beragama Islam Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada. Kepada keluarga yang ditinggalkan, semoga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang sukar ini dan semoga Allah memberi kesembuhan pada yang cedera. Aamiin. Foto : Aniq Nabilafiq,BERNAMA.com&MalaysiaGazette #restinpeace #alfatihah #anggotafru #telukintan #perak #salamtakziah #berita #kemalangan #malaysiaberdukalagi #anggotapolis #fyp
93.67K
1.91K
2.03%
2
77
65
"Tapi akhirnya 13 Mei nie dia bukannya balik bercuti dan dia balik terus"-Bapa Ya Tuhan.. terduduk aku dengar apa yg bapa arwah Konstable Akmal Wafi Annuar beritahu yg arwah bukannya balik bercuti tapi dia balik terus😭😭 Salam takziah buat wira-wira negara Langit kelam, bumi menangis, Khabar duka menyapa pagi, Perginya insan-insan berani, Dalam tugas, demi amanah suci. Tiada kata mampu hapus duka, Hanya doa mengiringi langkah terakhir mereka. Semoga roh para pejuang ini dicucuri rahmat, Ditempatkan dalam lindungan-Nya yang penuh kasih. Buat keluarga yang ditinggalkan, Semoga diberi kekuatan dan ketabahan. Dan buat yang masih berjuang melawan sakit, Kami titipkan doa agar sembuh dan pulih semangat. Jasamu dikenang, Namamu kekal dalam sejarah keberanian. Al-Fatihah. 💔 13-05-2025 Rest in Peace Sumber Video : Sinar Harian&HosCA Unishams Kedah #anggotafru #telukintan #perak #berita #kemalangan #malaysiaberdukalagi #anggotapolis #fru #restinpeace #alfatihah #salamtakziah #selamathariguru
72.94K
1.22K
1.67%
1
51
57
@Amsyarleee atau nama sebenarnya Muhammad Amir Syafiq bin Mohd Sadri, merupakan penyanyi pop Malaysia yang kini mewakili negara dalam program realiti nyanyian antarabangsa "Sing Asia" yang disiarkan di iQIYI . Program ini mengumpulkan bakat-bakat terbaik dari seluruh Asia, dan Amsyar telah menarik perhatian ramai dengan persembahannya yang memukau. Nyanyiannya yang memukau telah melayakkan Amsyar atau Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri telah berjaya mara ke pusingan seterusnya. Meninjau ke ruangan komen di iQIYI, rata-rata netizen terpukau dengan gaya nyanyian dia dan memuji vokal pelantun lagu Buai itu. “Dalam diam, kami rakyat Malaysia doakan Amsyar. “Hebat dia control headvoice tu. “Ingat dia buat-buat ke suara dia. "Haaa amik dia terus on stage,oversea lagi" “Jessie J pun wow" “Kenapa best sangat ni" “Jelas sebutan walaupun jerit, nafas panjang, susah nak dapat penyanyi macam ni,” komen netizen. Menerusi episode sama, Amsyar juga difahamkan menyampaikan lagu Ku Bersuara dan berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Sekadar info, Amsyar telah melalui proses saringan secara tertutup dan dipilih oleh pihak produksi Sing Asia kerana merasakan dia mempunyai suara yang unik. Sing Asia merupakan program nyanyian yang bertujuan mencari dan mengasah bakat penyanyi muda di Asia. Menariknya, program ini diadakan di atas kapal persiaran mewah yang akan berlayar di Okinawa (Jepun), Ha Long Bay (Vietnam), Singapura, Klang (Malaysia), sebelum kembali ke Hong Kong. Selain Jessie J, nama besar lain yang turut terlibat dalam rancangan ini ialah penyanyi pop China Zhang Liangying, ikon pop Jepun Kudo Shizuka, dan pemenang empat Anugerah Golden Melody, Tanya Chua. Program ini akan mula disiarkan pada 23 Mei menerusi platform iQIYI. Malaysia so Proud of you,Amsyarleee Jom aku payung Part 1 reaksi Juri dan peserta Sing Asia yg lain di Part 1 nie Last scene buat aku edit sambil😭 aku sebak&bangga dengan Amsyarleee dan aku juga salah seorang follower dari Borneo yg sangat bangga dgn bakat yg Tuhan anugerahkan buat beliau Semoga mulut masin aku mendoakan agar Amsyar Leee nanti berjaya menjadi Top One Sing Asia..amen🙏🏻 Kata Amsyarleee,Lagu Cinta yg dinyanyi nie nyanyi khas utk peminat Borneo yg banyak menyokongnya selama nie.. Aku salah seorang Peminat Borneo hadir! Tapi utk peminat yg lain yg amsyar tak sebut,korang jgn la kecik hati kamudian kecam beliau.. tak mau gaduh² mcm budak² yee🤭 Nak Part 2 komen kat bawah ye Jangan lupa follow,like&share Sumber:Socmed #amsyarleee #singasia #asiannewvoice #iqiyi #
53.97K
1.49K
2.75%
1
27
32
Please join our TikTok Inspiration Facebook group
We'll share the latest creative videos and you can discuss any questions you have with everyone!
TiktokSpy from IXSPY
Digital tools for influencers, agencies, advertisers and brands.
Independent third-party company,Not the TikTok official website.
Copyright@2021 ixspy.com. All Rights Reserved