Sebenarnya tak nak puasa kan? Kalau kita faham tentang tanggugjawab sebagai hamba, tiada pertikaian atau alasan. Jangan jadikan serba serbi semua alasan. Rukhsah bukan untuk semua. Dan ada cara juga bukan main tak puasa sahaja. #nadbreastfeedinginfo #tiktokcreatoridol2025 #numom
BRA SUPPORT IBU MENYUSU UNTUK SUSU MERIAH & KEKAL CANTIK Mommies yang selalu susu tak keluar atau payudara sagging (papaya) wajib dapatkan bra ni ok. Memang best bila pakai. 100% recommended! #tiktokcreatoridol2025 #tiktokshopmy
TIKTOK SHOP CREATOR IDOL 2025 RECOGNITION AWARD Pam susu yang saya pakai ni ialah Numom Light dari @Numom Malaysia. Dapat jumpa @ZIZAN RAZAK dan semua creators lain. Tahniah kepada yang telah berjaya terpilih sebagai top 5 Tiktok Creator Idol semalam. Terima kasih juga kepada mentor @Khairulaming atas bimbingan dan teguran. In shaa Allah kami buat lebih baik lagi pada masa akan datang untuk @Numom Malaysia TV ✨ Nad Masrom Kaunselor Laktasi #nadbreastfeedinginfo #tiktokcreatoridol2025 #tiktokshopmy
BENGKAK SUSU BOLEH PAM? Jawapannya tidak digalakkan kerana ia boleh jadi lebih teruk. Saluran susu dah tersumbat perlu diredakan. Pam susu hanya akan menyebabkan bengkak susu jadi lebih teruk. Ada teknik dan cara yang betul nak urus bengkak susu. Nad Masrom Kaunselor Laktasi #nadbreastfeedinginfo
Sedih dengar kisah baby Hud. Semoga Allah permudahkan urusan ibu ayah Hud dan berikan kesabaran dalam menghadapi ujian dan semoga mereka bakal bertemu Hud di syurga 😭
➡️ Bentuk payudara menentukan juga corong pam susu bagaimana yang sesuai. Tak semua jenis payudara sesuai terutama dengan handsfree. Biasanya payudara bentuk betik (papaya shape) sedikit sukar mendapatkan hasil optimum dengan handsfree. So kalau dah jadi macam ni pemilihan bra yang betul sangat penting untuk bantu support semula. Nad Masrom Kaunselor Laktasi #nadbreastfeedinginfo #tiktokcreatoridol2025
Saya tak familiar with that nipple balm. Cuma jadikan pengajaran. Dan saya juga belajar sesuatu supaya lebih alert pada masa depan dengan semua bahan yang digunakan demi keselamatan ibu dan bayi. #nadbreastfeedinginfo #numom #kelaspenyusuan
Beratur lebih 10 jam for nothing?! Siap bawa anak lagi tu berkampung. Berbaloi ke semata nak beli @brïk.? Pastikan usaha korang berbaloi. Dengar video ni sampai habis. Nad Masrom Kaunselor Laktasi Suka tengok beg Brik 😍✨
SUSU IBU BOLEH BERI JUMLAH YANG SAMA SAMPAI 2 TAHUN 😍 Bayi mommies minum susu berapa oz? Jom komen 👇🏻 Nad Masrom Kaunselor Laktasi #nadbreastfeedinginfo #tiktokcreatoridol2025 #tiktokshopmy #LIVE #TikTokLIVE #LIVEhighlights
Semalam baca luahan @Zahirah Macwilson, saya turut simpati. Sebagai kaunselor penyusuan, saya menjadi saksi ibu yang hilang diri sendiri dan saya hormati keputusan ibu. Hak menyusu ni terpulang kepada individu itu sendiri. Kita tak perlulah nak judge. Sekurangnya Zahirah masih lagi berusaha nak jadi EPMOM lepas tak direct anak dia lagi. Burn out. Rasa lonely. Ada tu hilang diri sendiri. In shaa Allah buat ibu menyusu yang lain, nak atasi semua ni, cuba cari right circle dan support ya. Sekurangnya fasa kita rasa nak terjatuh tu, ada ibu lain yang dapat bantu bagi semangat. Lagi bagus kalau kita dapat jumpa kaunselor penyusuan dari awal. Contoh macam mak-mak yang beri feedback ni (last pic). Mereka datang berjumpa dengan saya sewaktu hampir rasa macam nak give up. Saya letak feedback mereka untuk kenangan. Nanti bila baby ni dah besar, senang nak ingat mak yang mana. Pernah tu saya jumpa baby tu dah 6-7 tahun dah. Ingat moment mak awak menangis dulu nak nak susukan awak. Kenangan terindah. Ni baru 0.01 mak yang pernah consult dengan saya. Sekarang ni dah jarang buat sesi one to one sebab busy. Tapi bila ada peluang saya santuni juga😍✨ Apa pun buat semua ibu yang sedang berjuang, sama ada full bf atau tidak, u're not alone. Kami ada support kalian ok. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dapat berikan yang terbaik untuk bayi kalian. Kalian semua dah cuba untuk jadi ibu terbaik versi sendiri 🤰🏻🤱🏻🙋🏻♀️ Ibu yang lain macam mana? Ada rasa yang sama? Jom kongsi 👇🏻 Nad Masrom Kaunselor Laktasi #nadbreastfeedinginfo #numom #LearnOnTikTok
Replying to @Nschihi TIPS NAK ELAK ORANG CIUM ANAK KITA TIME RAYA. Baju kurung yang saya pakai ni dari @AISYs MOM ada akses zip menyusu tau! Korang selalu buat yang mana time raya? Nad Masrom Kaunselor Laktasi #nadbreastfeedinginfo #tiktokcreatoridol2025 #tiktokshopmy
Waktu hari raya nanti, macam mana kita risau anak kita orang yang tak sihat cium sampai menyebabkan mudarat, kita kena risau juga dengan mulut kita sendiri. Bimbang jika kata-kata kita boleh mengguris hati orang lain sehingga memudaratkan hubungan persaudaraan. Kalau kita nampak mak lain yang mungkin: Beri anak susu formula Kena pam susu (EPMOM) Menyusu direct, etc Tak perlulah sibuk kita nak ulas kenapa mereka buat keputusan begitu. Saya ni walaupun kaunselor menyusu dan ada ramai anak saudara dan cucu (dah pangkat nenek dalam keluarga besar), saya sendiri takkan tanya melainkan mereka yang datang bertanya atau bercerita. Memberi inspirasi untuk berkongsi sesuatu kebaikan bukan proses satu hari, tapi satu proses yang panjang dan berterusan. In shaa Allah bila mereka lihat kebaikan yang kita buat, satu hari mereka akan ikut juga. Jika kita nak ajak kebaikan mereka untuk belajar menyusukan anak, kita sendiri perlulah menunjukkan akhlak dan adab yang betul bagaimana menyusukan anak memberi 1001 kebaikan. Bukan dengan judge mereka dan perli mereka. Jika kita nampak ada mak lain tengah struggle nak beri susu kepada anak mereka, tawarkan apa yang kita mampu buat. Contoh offer bilik kalau dia nak menyusu dengan selesa. Bukan terus judge dia. Semoga Aidilfitri lebih merapatkan ukhuwah dan dapat mengelakkan ketegangan bila ada perbualan yang tidak selesa. Sekalipun kita tak suka akan sesuatu perbuatan, jangan sampai menghina. Jaga mulut dan kata supaya kita tak diuji dengan APA YANG DIKATA. Hidup ini berputar seperti roda. Hari ni kita hina orang, esok lusa Allah kembalikan kehinaan tu kepada kita. Jika nak tegur akan sesuatu perbuatan, tegurlah dengan berhikmah. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua. In shaa Allah~ P/s: Lakonan ni dari kisah benar yang saya dengar dari ibu-ibu lain. Tak berlaku dalam hidup saya sebab alhamdulillah circle saya bukan begini. Jika berlaku, kalau tak mampu berhujah dengan baik, DIAM sahaja dan semoga Allah gantikan dengan kegembiraan yang lebih baik. Baju menyusu yang saya pakai dari @AISYs MOM semestinya 😍 Nad Masrom Kaunselor Laktasi #nadbreastfeedinginfo
BUAT IBU YANG PERNAH GAGAL DALAM PENYUSUAN Hakikatnya kita bukan gagal. Cuma BELUM BERJAYA. Ingat kata kunci ni. Dulu saya pernah rasa saya gagal dalam hidup bila saya tidak berjaya menyusukan anak pertama saya #najlabatrisyaamanahpertamaku dengan susu ibu. Siapa sangka dari seorang guru Kimia yang dah berkhidmat selama 13 tahun, saya memilih untuk menjadi seorang kaunselor laktasi sepenuh masa. Semuanya asbab ingin menumpukan sepenuh masa kepada kerja dalam bidang penyusuan. Bila melihat senyuman di wajah ibu ayah yang berjaya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, saya bersyukur sebab Allah izinkan saya berada di jalan ini. Allah ambil anak pertama saya sebagai satu pengajaran kepada diri saya dan sebab satu asbab kenapa saya perlu membantu ibu menyusu lain. Jadikan kisah saya sebagai PENGAJARAN. Sakitnya hilang seorang anak tu masih dirasai sampai hari ini. Sebab itu saya tidak mahu ibu ayah kalah dalam perjuangan ini. Sama ada kalian ibu yang: - fully breastfeeding - EPMOM - mix feeding - Atau fully FM Kita semua sama dalam perjuangan untuk berikan yang terbaik buat anak kita dan saya yakin ibu yang belum berjaya beri anak mereka susu ibu juga ada hasrat ini kalau bukan untuk anak yang sekarang, pasti untuk anak yang akan datang. In shaa Allah. Teruskan perjuangan. Usah putus asa 😍✨ Nad Masrom Kaunselor Laktasi #nadbreastfeedinginfo #numom #tiktokcreatoridol2025 #tiktokshopmy