Seorang bapa berkongsi kisah pilu anak sulungnya, Muhammad Ikmal (Along), yang meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus selepas minum air tin yang tidak dibasuh. Kejadian bermula selepas aktiviti mendaki pada 17 Julai, apabila Along mengalami demam yang disangka biasa, namun keadaannya semakin kritikal hingga dirujuk ke Hospital Melaka. Walaupun pelbagai usaha dilakukan, Along menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 malam selepas sempat membuat panggilan terakhir kepada keluarga. Keluarga memilih untuk tidak menjalankan autopsi walaupun layak menuntut pampasan. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Anak Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah atau Cess, mencuri perhatian di TikTok apabila berjaya ‘pau’ bapanya untuk membeli jam tangan mewah Cartier. Cess berkongsi momen unboxing jam tersebut namun tidak mendedahkan harganya, yang dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit. Netizen terkejut tapi ramai memuji Cess kerana rajin membantu bisnes keluarga bersama abangnya, Ammar. Cess turut berterima kasih kepada ibu bapa dan pelanggan yang menyokong mereka. #qadejah_terlajaklaris #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Seorang pemilik kedai runcit di Melaka menjadi tular baru-baru ini selepas premis miliknya menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai KPDN. Video yang dimuat naik di TikTok, pemilik premis itu kelihatan tenang dan bersikap terbuka dalam memberi kerjasama kepada pegawai yang menjalankan pemeriksaan. Cara beliau yang tegas mempertahankan bahawa kedainya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, mencuri perhatian. “Susah nak jumpa kedai yang ikut peraturan dengan undang-undang KPDN ni, aunty ni boleh peniaga buat contoh. Walau badai melanda, dia tetap teguh dan patuh undang-undang, terbaik Aunty.” #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik terkenal, kecewa apabila ada individu yang mahu menyamannya kerana reka bentuk beg yang dikeluarkan mirip serupa dengan reka bentuk beg yang pernah tular. Menerusi satu hantaran, Aliff Syukri Kamarzaman, berkata sebagai peniaga, mereka tidak seharusnya merasa cemburu dengan rezeki yang ditentukan oleh Allah S.W.T. “Tak boleh nak cemburu dengan rezeki orang.Apabila awak menyekat rezeki orang dengan saman, tak baik lah.” “Bagi saya kalau berniaga kena percaya dengan kredibiliti awak dan target market.Asalkan orang tersebut tak ambil jenama awak dan tiru reka bentuk saya rasa okay.Saya terkilan kenapa nak saman.” Dia juga menegaskan bahawa beliau menjual beg tersebut pada harga yang mampu milik dengan niat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Aliff Syukri turut menegaskan bahawa rezeki setiap orang telah ditentukan dan dia tidak melihat persaingan sebagai halangan, malah ingin terus berusaha membantu yang memerlukan. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Dalam tempoh sebulan, dua insiden dilaporkan berlaku di kawasan perumahan, menyebabkan kemarahan penduduk setempat. Pasangan pelajar dikatakan melakukan aktiviti tidak berpakaian di tempat-tempat sunyi seperti tempat letak kereta hospital dan kawasan perindustrian. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #puncakalam
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seramai 1,091 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia direkodkan menghidap HIV bagi tempoh 2020 hingga 2024. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 222 kes baru direkodkan pada tahun lepas. Lebih membimbangkan adalah majoriti kes itu membabitkan remaja usia 18 dan 19 tahun menunjukkan pendedahan awal terhadap aktiviti berisiko seperti tanpa perlindungan, perkongsian jarum dan penyalahgunaan bahan terlarang. “Antara langkah awal yang diperkenalkan ialah penggunaan Profilaksis Pra-Pendedahan (PrEP) yang merupakan alat pencegahan HIV dan kajian menunjukkan bahawa PrEP boleh mengurangkan risiko jangkitan apabila diambil secara konsisten.” “Kita memerlukan kebenaran ibu bapa untuk menjalankan ujian kendiri dan juga kebenaran untuk mendapatkan rawatan. Ini agak menyukarkan remaja-remaja yang ingin tampil ke hadapan.” Baca artikel penuh di Beautifulnara.com #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Perkongsian aktres Kilafairy di akaun Threads meraih perhatian dan mendapat pelbagai respon daripada warganet. Tulis Kilafairy, dia terdetik untuk membuka tudung semula namun tertanya mengapa perlu dia lakukan itu semata-mata untuk menyenangkan manusia. Dalam hantaran yang lain, aktres tersebut juga memohon peminat dan orang ramai mendoakan agar dia diberikan kekuatan iman. Baca artikel penuh di Beautifulnara.com #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Bekas suami pempengaruh Jasmin Sopeah, Fakha, membuat laporan polis berikutan tularnya video lama yang dianggap memalukan dan berkaitan dengan kisah “nakal” silamnya. Fakha mengakui menyesal atas perbuatan itu dan berharap diberi ruang untuk memperbaiki diri. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #fakha
Sejak namanya sering menjadi tajuk berita, penyanyi Amira Othman semakin dikenali ramai. Popularitinya yang melonjak turut dikaitkan dengan pelakon terkenal, Fattah Amin, yang dianggap sebagai pemangkin kepada peningkatan namanya dalam industri. “Dari awal kemunculan bersama Fattah, saya memang tumpang populariti dia untuk nyanyian dan lagu.Mudah-mudahan orang kenal saya sebagai penyanyi. Nama saya masih kecil dalam industri, harap orang menghargai saya.” “Fattah yang lamar saya sebab dia dengar saya nak buat. Dia nak bantu nak uruskan, lagi pun dia ada pengalaman dan pasukan yang boleh lakukan.” Sumber Video: nddxxzzz Baca artikel penuh di Beautifulnara.com #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment