Tular di Threads, seorang lelaki bernama Zafree berkongsi pengalamannya memutuskan hubungan selepas teman wanitanya meminta wang hantaran sebanyak RM50,000. Namun, dia menegaskan bahawa keputusan itu bukan semata-mata kerana jumlah wang tersebut. Zafree merasakan bahawa wanita itu lebih berminat untuk menjalin hubungan berbanding mengenali dirinya secara mendalam dan ini membuatkan dia rasa tidak dihargai, lalu memilih untuk berundur demi kebaikan bersama. Kredit: zafreezaharidan #ohmedia #as
Munafri meluahkan kebimbangan terhadap realiti yang dihadapi segelintir keluarga miskin yang masih memilih untuk mempunyai ramai anak walaupun pendapatan hanya cukup makan. #ohmedia #mf
Pelakon, Saidah Kamarudin mengaku punca putus tunang kerana bekas tunangnya, Muntazar Ghufran tidak ada duit, hanya ada RM500 dalam bank. Rakan-rakan Muntazar tampil ‘back up’ dan menyifatkan wanita itu tidak sedar diri. #ohmedia #as
Pengeluar supercar, Lamborghini dengan kerjasama Silver Cross telah melancarkan ‘Super Stroller’ yang dinamakan Reef Al Arancio. Kereta sorong bayi ini adalah edisi terhad kolaborasi jenama itu dengan pengeluaran 500 unit sahaja di seluruh dunia dan dijual pada harga sekitar $5,000 (RM22,000) setiap satu. Direka khas untuk memberikan keselesaan maksimum dalam pelbagai keadaan, dilengkapi dengan roda bersuspensi penuh, pedal brek yang diinspirasikan daripada supercar, serta pemegang kulit premium bagi memberikan sentuhan mewah dan eksklusif. #ohmedia #mf
Filem bajet juta-juta, tapi tetap rugi. Ini 5 filem tempatan yang mengalami kerugian terbesar dalam sejarah Malaysia. Agak-agak mana satu yang korang pernah tengok? #ohmedia #as
Adik kepada Elfira Loy, Ezzrin Loy mencuri perhatian apabila videonya bertemu dan berbual bersama bintang Hollywood, Tom Cruise dalam Bahasa Inggeris mendapat pujian ramai. #ohmedia #mf
Seorang bekas pelakon dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana gagal hadir bagi prosiding pertuduhan melibatkan penyebaran sijil nikah palsu dengan seorang putera raja. #ohmedia #as
Surat terbuka itu ditujukan khas kepada Menteri Kesihatan dan kerajaan Malaysia agar membuka mata terhadap beban luar biasa yang ditanggung barisan hadapan sektor kesihatan negara. #ohmedia #as
Siti diceraikan dengan talak dua oleh Aiman semasa menjual produknya secara live. Pergaduhan tersebut disaksikan oleh 20,000 orang dan ketika live itu berlangsung Siti telah mendakwa Aiman sering memukulnya dan menuduh Aiman mengamuk akibat dalam pengaruh dadah. Selain daripada itu, Aiman juga dituduh curang setiap kali keluar rumah. Terdahulu Siti dan Aiman mengakui telah bercerai kemudian kembali rujuk semula selepas pengesahan lafaz cerai. #ohmedia #ab
Bukan mudah untuk segelintir fans Manchester United menerima kenyataan bahawa mereka terpaksa kehilangan Piala dan slot ke UCL sekelip mata walaupun ‘Unbeaten’ di UEL. Kekecewaan yang amat besar serta tekanan emosi untuk meneruskan kerja seperti biasa. Ianya tidak termasuk dengan kutukan dari rakan sekerja selama seminggu. Terima kasih Dr Say Shazril kerana sudi merawat fans Manchester United walaupun hakikat sebenar mereka sihat-sihat sahaja. Cuma malu hendak bersemuka dengan orang awam 😳. #ohmedia #oharena #ggmu #ej
Kucing paling setia! Toby sanggup berjalan 19km untuk kembali ke pangkuan keluarga yang pernah menjaganya tetapi kepulangannya tidak dilayan. Pada awalnya, keluarga itu telah menghantar Toby ke pusat perlindungan haiwan kerana tidak mahu lagi menjaganya tapi Toby masih berharap, melarikan diri dan mencari jalan pulang. Malangnya, dia tidak dilayan dan kini sudah ada orang baru yang menjaganya. Semoga Toby sentiasa bahagia dan sihat bersama penjaga baru yang lebih menghargainya 🐈 ❤️ #ohmedia #as you