# malaysiatrends
551
63.13M
Top 50 Hot Videos(malaysiatrends)
Terkejut kita #kucinglucu #kucingcomel #malaysiatrends
Disebabkan iklan Datu Siti Nurhaliza sebelah Zus Coffee terus dapat free marketing. Memang bijak! #zuscoffee #malaysiatrends
Seorang lelaki di Malaysia telah menarik perhatian netizen apabila membuat pengumuman penutupan pasar raya dalam empat bahasa termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Tamil. Video yang dimuat naik di akaun TikToknya menunjukkan beliau dengan lancar menyampaikan makluman bahawa pasar raya tersebut akan ditutup dalam masa lima minit. Kebolehan beliau bertutur dalam pelbagai bahasa ini mendapat pujian ramai, dengan beberapa netizen mencadangkan agar empat bahasa tersebut dijadikan bahasa utama yang diajarkan di sekolah. #multilingual #MalaysiaTrends #lotus
Semoga dipermudahkan segala urusan 🥹 #aiskrim #malaysiatrends
Seorang kerabat Diraja Pahang dilaporkan telah ditahan polis selepas dipercayai menikam seorang lelaki di sebuah kelab malam di Kuantan, awal Mei lalu. Menurut laporan Malaysia Kini, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian itu namun enggan mendedahkan identiti kerabat berkenaan. Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun mendakwa insiden berlaku selepas dia beberapa kali ‘terlanggar’ kerabat tersebut di sebuah pusat hiburan lain sebelum ini. Disebabkan insiden itu, mangsa diarahkan untuk mohon maaf dan beri ‘angpau’ berjumlah RM1,200 kepada kerabat tersebut. Ketika bertemu semula di kelab malam, kerabat berkenaan didakwa berang dan memberi isyarat kepada pengawal peribadinya. Mangsa kemudiannya dipukul dengan jug kaca di kepala dan ditikam dengan pisau lipat. Kes ini kini dalam siasatan pihak berkuasa. #kerabatdiraja#Malaysiatrends
Dalam Live TikTok, usahawan kontroversi Nur Sajat mengecam tindakan guru yang menengking dan memalukan seorang murid perempuan bernama Lisa, yang juga merupakan anak saudaranya. Insiden itu berlaku di kantin sekolah dan menyebabkan Lisa menangis. Sajat menegaskan bahawa guru seharusnya menunjukkan kasih sayang kepada murid dan tidak sepatutnya bertindak kasar. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak bukanlah lawan bagi guru, sebaliknya orang dewasa seperti dirinya dan ibu Lisa, Mustika, adalah pihak yang sepatutnya dihadapi jika terdapat sebarang isu. Sebelum video kejadian itu tular, Mustika telah memindahkan Lisa ke sekolah lain. #MalaysiaTrends #sajat
Satu video tular menunjukkan pasangan suami isteri bergaduh di sebuah pasar raya, dengan si suami membaling barang dan menghempas troli. Insiden itu dipercayai berkaitan persiapan Hari Raya Aidiladha. Namun, netizen mencurigai kejadian tersebut hanyalah 'content' terancang, terutamanya selepas seorang content creator yang 'kebetulan' berada di lokasi merakam reaksi senyum dan membuat isyarat 'peace'. Tindakan ini menimbulkan spekulasi bahawa pergaduhan itu mungkin direka untuk tujuan pemasaran atau kandungan media sosial. #suamiisteri #gimik #Malaysiatrends
Satu meme bertemakan LEGO "MH370 – 0 pieces" tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan ramai netizen. Meme itu dianggap tidak sensitif kerana menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenaka. Ramai pengguna media sosial mengecam tindakan tersebut dan menganggap ia tidak kelakar serta menyakiti perasaan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut. Netizen menuntut lebih empati dan kepekaan terhadap tragedi yang masih meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia. #MH370 #meme #lego #MalaysiaTrends
Kreatif! Ini lah punca jem 🤣 #itiksalai #kreatif #malaysiatrends
Gaya hidup ala 'hobo' tular di media sosial apabila seorang individu berkongsi cara bertahan hidup tanpa rumah tetap tetapi masih bermaruah. Berbeza dengan gelandangan, golongan hobo dianggap lebih berdikari dan kreatif. Antara survival skills dikongsikan: * Makan lebihan foodcourt atau sisa bersih * Guna basikal untuk bergerak * Mandi di tandas awam seperti hospital dan stesen minyak * Tidur dalam kereta atau bangunan terbiar * Minum air kosong dari restoran atau mesin air * Mengecas telefon di perpustakaan dan buat kerja digital * Bawa 8 set pakaian dan cuci setiap hari sambil mandi Warganet turut meninggalkan pelbagai perspektif, ada yang kagum dengan ketabahan, ada yang risau aspek keselamatan dan kesihatan. #hobolife #MalaysiaTrends
Amboii mesti sebab duit raya dah penuh tabungkan 🤣 #basikal #carwash #duitraya #malaysiatrends
Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke landasan di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong sekitar jam 6:05 petang tadi. Menurut Bomba Selangor, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kejadian ini menyebabkan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Putra Heights yang kini hanya beroperasi sehingga Stesen Kinrara BK5. #LRT #Malaysiatrends
Emma Maembong menegur sikap segelintir pelakon muda yang suka berparti tetapi tidak menepati masa ketika penggambaran. Menurut Emma, sikap tidak profesional seperti datang lambat atau tidak hadir ke set bukan sahaja menyusahkan produksi, tetapi juga kru dan pelakon lain. Beliau menekankan pentingnya disiplin dan komitmen dalam industri seni, serta menyeru pelakon baharu agar lebih menghormati kerja orang lain. #emmamaembong #MalaysiaTrends
Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh yang dikenali sebagai 'Bos Susu', mencuri perhatian ramai apabila mempromosikan ais krim Choco Bar keluaran syarikatnya dengan kapsyen berunsur 'double meaning'. Dalam hantaran tersebut, beliau menulis: "Aku koyakkan baju dia, aku tarik dia keluar. Aku masukkan dalam mulut dan aku gigit, aku kemam dia sampai dia cair dalam mulut. Aku telan." Walaupun kontroversial, Boss Susu berjaya menarik perhatian netizen yang lebih tertarik dengan harga berpatutan ais krim tersebut, iaitu RM1.50. Namun, selepas mendapat perhatian, Azmi telah menukar kapsyen tersebut beberapa minit kemudian. #bossSusu#Malaysiatrends
Uishh sampai macam tu eh 😅 #malaysiatrends #malaysiakongsi
Mohd Fadli Salleh menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyiasat seorang guru yang didakwa membuat kenyataan biadab berhubung kematian 15 pelajar UPSI dalam kemalangan baru-baru ini. Beliau menyifatkan komen yang dibuat guru itu sebagai sangat keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan, sambil menegaskan bahawa “mamat ni seorang cikgu!” dan menyeru KPM menilai tahap kesihatan mental guru berkenaan. Dalam hantaran susulan, Cikgu Fadli mendedahkan bahawa guru tersebut mengaku mempunyai masalah kesihatan mental. Beliau mencadangkan agar guru itu diberi cuti rehat dan menjalani rawatan sewajarnya: “Cikgu ni ada sakit mental. Sepatutnya dia dan orang terdekat patut bawa dia berubat … Rehat dulu dari jadi cikgu.” Beliau turut menekankan pentingnya tindakan awal seperti cuti tanpa gaji atau pencen ilat sebelum perkara lebih buruk berlaku di sekolah, bukannya menunggu sehingga berlaku insiden serius. #UPSI #Malaysiatrends
Teruknya sunburn dia 😂 #berbasikal #sunburn #malaysiatrends
Lebih 30 tahun berlalu, negara sekali lagi dikejutkan dengan insiden tragis melibatkan kemalangan maut anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, yang kembali mengingatkan rakyat kepada tragedi hitam di Lebuhraya Karak pada tahun 1990. Kenderaan yang dinaiki 15 individu termasuk pemandu itu difahamkan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas menyelesaikan tugasan di bawah Op Chariot di Teluk Intan. Kejadian menyayat hati ini turut mengimbau kembali tragedi hitam di Lebuhraya Karak pada 28 Februari 1990 yang telah meragut nyawa 11 anggota FRU dari Trup 4B, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. #malaysiatrends #trending
Menurut saksi kejadian, semua penghuni sempat keluar menyelamatkan diri sebelum api marak. Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar waktu Zohor tadi. Difahamkan, kebakaran yang berlaku dari salah satu rumah menyebabkan api merebak ke rumah-rumah bersebelahan. Keadaan bertambah teruk apabila rumah ketiga yang terbakar itu diperbuat daripada papan, sekali gus menyebabkan api cepat merebak. #malaysiatrends #trending
Pelakon Nas-T berkongsi pengalaman lucu semasa penggambaran filem Keluang Man, apabila beliau perlu memakai seluar dalam baharu di muka sebagai sebahagian daripada kostum awal watak adiwira tersebut. Situasi ini mencetuskan gelak tawa kru produksi, namun Nas-T tetap profesional dan meneruskan penggambaran walaupun pada mulanya berasa janggal. Beliau juga menjelaskan bahawa seluar dalam tersebut adalah baharu dan belum pernah dipakai, bagi mengelakkan salah faham. Filem Keluang Man dijadualkan tayangannya pada 29 Mei 2025 di seluruh pawagam Malaysia. #KeluangMan #NasMuammarZar #Nast #MalaysiaTrends
Nasib baik la tak termakan rasuah, kalau tidak hmmm #malaysiatrends #trending
Perkongsian video siaran langsung penyanyi Datin Alyah di TikTok mencuri perhatian ramai apabila suaminya, maestro muzik Datuk Ramli MS (Tok Ram), turut serta membantu menjual tudung jenama Alyah. Kemunculan spontan Tok Ram yang turut memberi komen, mencadangkan warna tudung, dan membuat demo memakai tudung mencetuskan gelak tawa netizen. Malah, kehadirannya menyebabkan jumlah tontonan live meningkat mendadak dari sekitar 100 ke lebih 10,000 tontonan. Netizen terhibur dan memuji sokongan comel Tok Ram terhadap isterinya. #datinalyah #tokram #Malaysiatrends
Pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini menyambut ulang tahunnya yang ke-36 pada 28 Mei lalu. Dalam satu perkongsian di Instagram Story, seorang individu bernama Cyril Kongo, yang dipercayai suami baharunya, memuat naik ucapan "Happy Birthday Sayang" bersama beberapa foto mesra mereka berdua. Cyril dikenali sebagai pelukis grafiti terkenal dari Perancis. Sebelum ini, Sakinah mengesahkan bahawa beliau telah berkahwin buat kali ketiga, namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti suaminya kepada umum dan memohon maaf atas keputusan tersebut. #CyrilKongo #Sharifahsakinah #MalaysiaTrends
Sapu tangan paling rare setakat ni 🤣 #malaysiatrends
Rakaman terakhir ini diambil oleh salah seorang anggota FRU dari Unit 5 sebelum mereka terlibat dalam kemalangan tragis awal pagi tadi. Salam takziah. #malaysiatrends #trending
Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial terkenal Chazynash, iaitu Fatin Morat, mencuri perhatian ramai selepas memuat naik luahan emosi di media sosial yang menyatakan dirinya berasa tidak kuat menghadapi ujian hidup selepas perceraian. Menerusi hantaran di platform Threads, Fatin menulis ringkas, “Saya rasa saya tak kuat,” sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan kata-kata semangat daripada orang ramai. Sebelum ini, Fatin pernah berkongsi beberapa hantaran yang menggambarkan dirinya sedang melalui proses pemulihan emosi selepas perpisahan. Warganet memberikan sokongan moral dan nasihat agar beliau terus tabah, termasuk menyarankan supaya mengambil kekuatan daripada anak-anak. Untuk rekod, Fatin dan Chazynash sah bercerai pada 23 Januari lalu. Chazynash sebelum ini mengakui bahawa perpisahan itu berlaku atas kesilapannya sendiri dan ianya merupakan keputusan bersama. #chazynash #fatinmorat #MalaysiaTrends
Kadang ada betulnya juga apa yang Kak KM cakap.. Pendapat korang macam mana? 🤔 #trending #sembangentertainment #malaysiatrends #kakkm
Seorang anggota polis berusia 28 tahun yang ditahan reman atas tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ditemui meninggal dunia dalam sel tahanan di Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka, Arau, pada Isnin. Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, mangsa enggan hadir ke Mahkamah Majistret Kangar pada pagi hari kejadian. Warden yang melakukan rondaan mendapati mangsa tidak sedarkan diri pada jam 4.30 petang dan segera membawanya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, di mana beliau disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital. Mangsa, yang berasal dari Setiu, Terengganu, telah ditahan sejak 17 Mac 2023 dan menunggu keputusan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kangar. Beliau juga mempunyai rekod psikiatri sejak 2017 dan telah dirujuk ke beberapa hospital. Siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk proses bedah siasat. #MalaysiaTrends
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dr. Kamarul Zaman Yusoff, pensyarah kanan UUM, bersalah memfitnah Hannah Yeoh melalui dua hantaran Facebook pada Mei 2017. Dalam hantaran itu, beliau menuduh Hannah menyebarkan ajaran Kristian melalui politik berdasarkan autobiografi Becoming Hannah. Hakim Datuk Aliza Sulaiman memerintah Dr. Kamarul membayar RM400,000 kepada Hannah kerana dakwaan tersebut didapati berniat jahat dan berunsur fitnah. Mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa kenyataan itu wajar. Hannah menegaskan bukunya tidak diharamkan dan tidak pernah menyesatkan umat Islam. #hannahYeoh #MalaysiaTrends
Bekas penerbit dan wartawan program hiburan Melodi, Nas Ahmad dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi ini. Alfatihah… #nasahmad #terjah #Malaysiatrends
Muka dia frust betul ek.... #DMAIslam #koroy #awiembr #MalaysiaTrends
Pelawak veteran Khairul Azhar disahkan meninggal dunia di kediamannya di Klang, Selangor, pada malam Khamis. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun. Berita pemergian beliau disahkan oleh anak angkat merangkap pembantu peribadinya, Aizat, yang menemui Khairul dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta miliknya. Al-fatihah #pelakon #pelawak #malaysiatrends #trending
Usaha keras sejak kecil membuahkan hasil bagi Kapten Negara, Mohd Wassof. Beliau banyak menghabiskan masa di Thailand untuk menjalani latihan dan berjaya mencipta nama di sana. Meskipun usianya baru sahaja mencecah 21 tahun, beliau telah mengukir pencapaian membanggakan dalam dunia Sukan Muay Thai. Kini, Mohd Wassof pulang ke Malaysia untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Dengan dedikasi dan semangat juang, beliau berazam untuk terus mengangkat Malaysia dalam Sukan Muay Thai dan memberi sumbangan besar kepada tanah air. #MalaysiaTrends #teammalaysia #muaythai
Kisah tragis seorang wanita yang mengalami penderaan emosi dan fizikal oleh suaminya. Wanita tersebut mendakwa diikat di atas sofa dan dipaksa menyaksikan suaminya melakukan hubungan intim dengan wanita lain di hadapannya. Menurutnya, semakin dia menjerit, semakin mereka ketawa, menunjukkan kekejaman dan kurangnya empati dari suami dan pasangannya. Pada mulanya, wanita itu memilih untuk tidak membuat laporan polis kerana memikirkan perasaan ibu bapa mentuanya di kampung. Namun, selepas setahun dibiarkan tanpa perhatian, dia akhirnya diceraikan atas permintaan ibu mentuanya sendiri. Pengalaman ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya, dan dia berpendapat bahawa perbuatan seperti ini tidak seharusnya dimaafkan atau dibela. #MalaysiaTrends
Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan telah meninggal dunia petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN). Al-fatihah. #malaysiatrends
Pelakon Bella Astillah jadi perhatian lepas beri ‘pickup line’ manis kepada Syed Saddiq dalam video TikTok tular — “Kalau sembilan itu nine, kalau kamu itu mine.” Saddiq tersipu malu, buat netizen makin kecoh dan 'shipping' mereka berdua. Ramai terhibur dan mula berspekulasi tentang hubungan mereka, walaupun tiada pengesahan rasmi. Sebelum ini, mereka sering dilihat bersama dalam pelbagai acara dan video, menambah lagi gosip cinta antara mereka. #bellaastillah #syedsaddiq #MalaysiaTrends
Syarikat Sinar Suci Travel & Tours memberi pakej Umrah percuma kepada ibu bapa empat pelajar yang terkorban dalam kemalangan bas UPSI di jalan Gerik–Jeli. Antara penerima adalah ibu bapa Allahyarhamah Nurly Shahirah, yang mengucapkan terima kasih atas sumbangan ini. Inisiatif ini disahkan oleh ADUN Jabi, Dato’ Dr. Azman bin Ibrahim. Selain keluarga Nurly, ibu bapa tiga pelajar UPSI lain juga menerima pakej Umrah tersebut. Sumbangan ini memberi sokongan dan ketenangan rohani kepada keluarga yang sedang berduka. #upsi #basupsi #MalaysiaTrends
Hmmm kalau macam ni la.. dia buat takpe kita buat tak boleh pulak eh 🫣 apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan sis 🤲🏻 #sitijamumall #trending #malaysiatrends
Risau tengok Oyen besar macam ni #malaysiatrends
Bersungguh-sungguh dia pejam tu 🥲 #malaysiatrends
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah menerima bayaran sebanyak RM100,000 sebagai duta jenama minyak wangi. Beliau menyumbangkan keseluruhan jumlah tersebut kepada penduduk di kawasannya, Muar. #bellaastillah #syedsaddiq #malaysiatrends
“Parents Day Deal” Sempena Parents Day hadiahkan mereka kerusi urut & hadiah exclusive dari Ogawa! 🎁 Bukan sekadar hadiah, tapi ia adalah terapi kasih sayang 🤍 #ogawa #parentsday #hadiahmenarik #malaysiatrends